Berita Auto

Pengeluaran BMW i8 Bakal Ditamatkan April Ini

BMW mengesahkan bahawa pengeluaran i8 akan ditamatkan pada April ini, selepas hampir enam tahun model itu diperkenalkan.

Menurut laporan Autocar, kereta sport plug-in hybrid itu akan meninggalkan pasaran bagi memberi ruang kepada barisan kereta elektrik baharu yang terdiri daripada SUV kompak iX3, saloon i4 dan SUV iNext.

Setakat ini, tiada tarikh tepat diberikan mengenai pengakhiran pengeluaran i8 namun menurut seorang jurucakap BMW, pelanggan di United Kingdom yang ingin memesan model tersebut perlu melakukannya selewat-lewatnya akhir Februari ini.

Menurut Autocar, pengedar BMW telah mula menawarkan i8 dengan diskaun sehingga £20,000 (RM105,566) berbanding harga asal £115,105 (RM607,000).

BMW tidak menyatakan sama ada i8 akan mempunyai pengganti namun laman web automotif dari UK itu menjangkakan bahawa model tersebut akan diambil alih oleh kereta sport berasaskan konsep Vision M Next dalam tempoh lima tahun akan datang.

Previous post

Carlos Sainz Menang Dakar 2020

Next post

Perodua Jual 240,341 Unit Tahun Lalu, Tertinggi Dalam Sejarahnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *