Undang - Undang

Jangan Buat Lupa. Pakai Tali Pinggang Keledar Belakang. Kalau Tidak Kena Saman.

Ia memang menyalahi undang-undang dari tahun 2009 jika tidak memakai tali pinggang keledar belakang di Malaysia kerana Peraturan Kenderaan Bermotor (Seatbelt) (Pindaan 2008).

Tetapi menurut kenyataan yang dibuat oleh YB Anthony Loke, bermula 2020, penguatkuasaan akan ditingkatkan dan denda RM300 akan dikeluarkan kepada pesalah berumur 17 tahun ke atas.

Ianya sudah lebih daripada satu generasi untuk kita pemandu menanamkan tabiat ini

Bagi mereka yang di bawah umur 17 tahun yang di tangkap tidak memakai tali pinggang keledar di belakang, pemandu akan didenda.

Undang-undang penggunaan kerusi kanak-kanak juga sudah berkuat-kuasa. Penguat kuasaan undang-undang kerusi kanak-kanak akan bermula dengan segera, tetapi polis hanya akan memberi pesalah amaran untuk 6 bulan pertama ini.

BHP

Walau bagaimanapun kereta-kereta yang dibuat sebelum tahun 1995 dikecualikan. Tetapi ianya digalakkan untuk mengingatkan penumpang belakang untuk memakai tali keledar. Jika bukan untuk keselamatan mereka, untuk keselamatan diri sendiri, kerana mereka boleh mencederakan saya dan/atau membunuh saya sekiranya berlanggar.

Menurut Ketua Pengarah JKJR Rosli Isa, kemalangan jalan raya berlaku setiap minit di Malaysia, dan secara purata, hampir setiap jam berlaku kemalangan maut. Pakailah tali pinggang keledar depan, belakang dan tanggapi asas keselamatan jalanraya dengan serius.

Previous post

Tawaran Tahun Baharu Cina Honda Malaysia

Next post

Tawaran Menarik SDAC-Ford Sempena Tahun Baru Cina

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *