Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Nissan Navara Off-Roader AT32 Dinaik Taraf

Nissan telah memperkenalkan Navara Off-Roader AT32 versi dinaik taraf yang dikatakan lebih efisyen dan sedap dipandu berbanding versi sebelum ini.

Direka dengan kerjasama pakar off-road Arctic Trucks, model ini menggunakan plat perlindungan bawah badan yang diperbuat daripada aluminium dan tayar Nokian bersaiz 31.6 inci.

Bukan itu sahaja, rim model ini didatangkan dengan dua injap bagi membolehkan pemandu menyesuaikan tekanan tayar dengan lebih cepat dan tepat.

Kelengkapan lain yang dibawa daripada model sebelum ini termasuk tambahan pada gerbang roda dan sistem suspensi Bilstein. Terdapat juga lencana khas pada bahagian hadapan, pemijak sisi, rim tailgate dan pelindung lumpur.

Pelanggan juga boleh mendapatkan aksesori tambahan seperti differential hadapan untuk meningkatkan tahap cengkaman serta snorkel yang boleh meningkatkan kebolehan meredah air sehingga kedalaman 800 mm.

Walaupun direka untuk off-road, Navara Off-Roader AT32 mengekalkan ciri-ciri canggih sedia ada seperti Hill Start Assist, Hill Descent Control, Intelligent Emergency Braking dan Intelligent Around View Monitor.

Model ini akan memasuki pasaran Eropah bermula Februari tahun ini.

Previous post

Ferrari Jenama Terkuat Dunia

Next post

Nissan Akan Bekalkan 2,000 LEAF Kepada Pemandu Uber di London

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *