Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Nissan Akan Bekalkan 2,000 LEAF Kepada Pemandu Uber di London

Nissan dan Uber telah menandatangani perjanjian yang akan menyaksikan pengeluar kereta itu membekalkan 2,000 unit Nissan LEAF kepada pemandu yang menggunakan aplikasi seru-pandu itu.

Kereta 100 peratus elektrik itu ditawarkan kepada pemandu Uber di London sebagai sebahagian daripada Rancangan Udara Bersih (Clean Air Plan) Uber.

Diperkenalkan pada Januari tahun lalu, rancangan tersebut diwujudkan untuk menangani masalah pencemaran udara dengan membantu pemandu menaik taraf kepada kenderaan elektrik menerusi pengenalan bayaran tambahan (Clean Air Fee) sebanyak 15p (RM0.80) untuk setiap batu perjalanan.

Dalam tahun pertama, Uber telah berjaya mengumpul lebih £80 juta (RM416 juta) dan menjangkakan nilai tersebut akan mencecah lebih £200 juta (RM1.07 bilion) dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Syarikat itu turut mencatat kira-kira 900,000 perjalanan menggunakan kenderaan elektrik tahun ini. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 350 peratus berbanding tahun lalu.

Perjanjian dengan Nissan ini dijangka dapat membantu Uber dalam mencapai visinya untuk menggunakan kenderaan elektrik sahaja bermula 2025.

Previous post

Nissan Navara Off-Roader AT32 Dinaik Taraf

Next post

Kia Membangunkan SUV Seterus Mereka Khusus Untuk Pasaran India

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *