Hibrid, Elektrik, Hidrogen

NIO EC6 – SUV Coupe Elektrik Berprestasi Tinggi

Kegilaan SUV coupe diteruskan untuk tahun 2020, kali ini dengan SUV elektrik EC6 keluaran syarikat yang berpangkalan di Shanghai iaitu NIO.

Diperkenalkan pada acara NIO Day 2019 yang diadakan di Shenzhen Bay Sports Center, EC6 merupakan model produksi ketiga dalam barisan NIO selepas ES8 dan ES6.

Seperti ES6, model terbaru ini menampilkan dua buah motor elektrik yang menghasilkan output keseluruhan berjumlah 400 kW (544 PS). Prestasinya tidak jauh ketinggalan berbanding kereta sport masa kini dengan masa pecutan 0-100 km/j dalam 4.7 saat.

Sumber kuasa berbentuk pek bateri thermostatik 100 kWh dengan teknologi penyejukan cecair pula membolehkan SUV elektrik ini dipandu sejauh 615 km sebelum ia perlu dicas semula.

Harga dan spesifikasi lengkap EC6 akan diumumkan pada Julai tahun ini, manakala penyerahan dijangka bermula pada September.

Previous post

Genesis GV80 Sertai Segmen SUV Mewah

Next post

Proton Jual 100,821 Unit Kereta Pada 2019

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *