Berita Auto

Mercedes-Benz E-Class Facelift Bakal Dapat Dua Enjin Baharu

Mercedes-Benz E-Class semasa (W213) sudah berada di pasaran selama hampir empat tahun dan kini sudah tiba masa lawan kepada BMW 5 Series ini menerima facelift.

Walaupun masih dalam fasa pembangunan, Mercedes-Benz telah mendedahkan gambar-gambar teaser serta beberapa maklumat mengenai model facelift tersebut.

Dari segi reka bentuk, E-Class facelift dijangka hadir dengan wajah baharu yang lebih menyerupai model-model Mercedes-Benz terkini, di samping rekaan jeriji yang berbeza mengikut varian (AMG, Avantagarde dan sebagainya).

Di dalam, selain stereng generasi baharu lengkap dengan butang kawalan, model ini akan didatangkan standard dengan dua paparan besar, masing-masing berukuran 10.25 inci.

Seperti model keluaran Mercedes-Benz yang lain, ia akan turut mendapat sistem infotainmen MBUX dengan sokongan ciri kawalan suara yang boleh diaktifkan dengan frasa “Hey Mercedes” serta realiti berperantara (augmented reality).

Dari segi keselamatan pula, antara ciri yang akan disertakan termasuklah Active Distance Assist DISTRONIC, Active Traffic Jam Assist, Active Steering Assist, Active Brake Assist, Active Blind Spot Assist serta kamera 360 darjah.

Mercedes-Benz mengesahkan bahawa tujuh varian hibrid plug-in akan ditawarkan, termasuk varian 4Matic dan wagon. Dua enjin petrol baharu juga akan menyertai barisan E-Class facelift.

Yang pertama adalah enjin M254 2.0-liter empat silinder yang menghasilkan 268 hp, manakala yang kedua adalah enjin M256 enam silinder dengan 362 hp. Kedua-dua enjin ini dilengkapi dengan ISG (Integrated Starter-Generator) 48 volt dan EQ Boost yang mampu memberikan kuasa tambahan sebanyak 20 hp.

Bila E-Class facelift akan didedahkan sepenuhnya masih belum diketahui namun menurut Mercedes-Benz, ia akan memasuki pasaran Eropah bermula musim panas tahun ini.

Previous post

Kenapa Singapore Dapat Honda Civic 1.6L Ini?

Next post

Nissan 370Z Milik Paul Walker Dilelong

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *