Berita Auto

Rakyat Malaysia Tidak Akan Miliki Kereta Memuaskan Berharga Patut

Kami seperti kebanyakan daripada anda yang membaca ini mempunyai keluarga, pinjaman rumah dan/atau kereta, insuran nyawa, pelan pendidikan anak-anak dan dana percutian keluarga tahunan.

Ini adalah kehidupan kebanyakan golongan kelas menengah di hampir semua negara membangun dan negara maju.

Kita ambil Australia sebagai contoh. Rakyat Malaysia yang berhijrah ke Australia tidak lama lagi akan menyedari bahawa rumahnya mahal. Bil air dan elektrik adalah tinggi. Harga bahan api tidak bersubsidi. Tukang paip, juruelektrik dan juga mekanik kenakan bayaran mengikut jam dan pendapatan mereka mungkin lebih banyak daripada anda. Tetapi membeli kereta yang memuaskan adalah dalam jangkauan kerana harga lebih rendah daripada Malaysia. Selain itu, pendidikan adalah baik dan kosnya jauh lebih rendah bagi rakyat Australia, tetapi sebenarnya anda membayarnya secara beransuran bertahun-tahun kerana cukai pendapatan tahunan anda sangat tinggi (lebih tinggi daripada Malaysia).

Kita ambil contoh Kanada pula. Rakyat Malaysia yang berpindah ke sana akan menikmati kereta mewah berharga murah tetapi semua perkhidmatan dan keperluan lain yang disebutkan di atas untuk Australia adalah tinggi. Juga kos rumah sangat tinggi. Tambahan pula bulan-bulan musim sejuk. Anda perlu berbelanja banyak untuk pemanasan rumah dan pakaian anda. Juga, seperti Australia, cukai pendapatan tahunan adalah tinggi (lebih tinggi daripada Malaysia).

Harga kereta Singapura jauh lebih tinggi daripada Malaysia dan mereka mempunyai alasan yang sangat baik kerana mereka tidak mempunyai tanah yang diperlukan untuk lebih banyak jalan dan ruang letak kereta. Walau bagaimanapun, mata wang mereka sangat tinggi, mereka boleh pergi ke Australia atau Kanada dan tidak merasakan apa-apa isu pertukaran mata wang. Sistem pengangkutan awam mereka hanya terbaik, mudah dan berharga patut tetapi kos perumahan, elektrik, tempat letak kereta dan air mahal.

Kita ke utara pula. Thailand. Di mana kereta murah sedikit daripada Malaysia, harga rumah lebih murah, makanan dan perkhidmatan juga lebih murah dan mata wang Thailand semakin naik berbanding mata wang Malaysia yang menurun. Ekonomi Thai semakin baik dan pelancongan lebih baik dari dulu. Bahan bakar tidak disubsidi tetapi rata-rata kelas menengah Thai boleh memandu kereta yang canggih, tinggal di rumah yang lawa dan mempunyai makanan yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Lebih baik lagi, dengan harga bahan api yang tinggi dan tol di seluruh Bangkok, kos teksi se kilometer kurang daripada di Malaysia. Kenapa?

Tambahan lagi, pasaran automotif Thailand berkembang maju kerana jenama automotif memindah kilang kereta mereka ke Thailand dan kerajaan Thai secara aktif mempromosikan kenderaan elektrik dan pemilikan kenderaan hibrid. Thailand juga telah beberapa tahun menjual bahan api berkualiti tinggi (diesel dan petrol). Kami di Malaysia baru mula ‘menghidu’ bahan api berkualiti tinggi di negara kita.

Inilah apa yang kelas menengah Malaysia patut merasa. Kenderaan murah dan kualiti hidup yang lebih baik untuk pertumbuhan pendapatan yang tidak bergerak. Well, 2020 sudah tiba dan kami menunggu ‘Wawasan 2020’ yang dibuat bertahun-tahun yang lalu menjadi kenyataan!

Previous post

Porsche 911 Belgian Legend Edition Rai Ulang Tahun Jacky Ickx

Next post

Bagaimana Bekas CEO Renault/Nissan Carlos Ghosn Melarikan Diri Dari Jepun Ke Lubnan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *