Berita Auto

Kereta Dasawarsa DSF.my

Kereta mana pilihan utama kami dasawarsa (dekad) ini?

Seminggu yang lalu ini, terdapat banyak makan-makan malam, pertemuan-pertemuan, sambutan akhir tahun bahkan pertemuan setahun sekali mengeratkan siratulrahim dengan rakan-rakan lama. Disebabkan sifat kerja kami, akan ada persoalan automotif yang ditimbulkan kepada kami dan soalan yang paling ditanyakan adalah pilihan jujur kami untuk ‘kereta terbaik sedekad’ pilihan kami. Satu kenderaan yang kita cukup teruja hinggakan kita terfikir mengenai kemungkinan untuk membelinya.

Sedikit Sejarah

Kami tidak pernah memiliki atau membeli kereta baharu. Kami sentiasa percaya dengan membeli yang terpakai kerana kami mempunyai pengetahuan dan sumber untuk memulihkan dan memperbaiki kereta terpakai dan membuatnya pergi sebagaimana yang kita suka. Oleh itu, apabila menjawab persoalan kereta terbaik sedekad, ia juga bermaksud mengatakan kereta mana yang akan kami beli untuk diri sendiri, jika kita terpaksa memilih satu.

Pilihan

Sedekad yang lalu, kami sudah melihat banyak kenderaan baharu dan kami berpeluang memandu uji sekurang-kurangnya 80% daripadanya. Baki 20% adalah kereta eksklusif jutaan ringgit dengan bekalan yang sangat kecil dan terhad atau kami tidak mendapat peluang untuk berada di belakang rodanya.

Calon-calon

Tersenarai di bawah adalah kereta yang kami telah memandu uji selama sepuluh tahun yang lalu (di Malaysia dan di luar negara). Dalam susunan abjad dan rujukan mudah, ini dia 15 kenderaan teratas dekad ini pada pendapat kami.

  1. Audi R8
  2. BMW 330e
  3. Ford Ranger Raptor
  4. Honda Civic Type R
  5. Jaguar F-Type
  6. Lexus ES250
  7. Mazda MX-5
  8. Maserati Ghibli
  9. Mercedes C63 S AMG
  10. Porsche Taycan
  11. Renault Megane R.S.
  12. Subaru Impreza WRX STI
  13. Toyota Supra
  14. Toyota Harrier 2.0T
  15. Volvo XC90 T8

Kenapa

Anda mungkin akan menyedari bahawa senarai kami ini hampir 60% adalah kenderaan mahal dan selebihnya adalah dalam julat harga RM190,000. Ini bukan bererti yang kami mampu membeli kereta dalam senarai di atas, ianya hanya senarai kenderaan yang kami amat teruja sampaikan kami terfikir ‘bagaimana jika kami mampu’.

Jadi, yang mana yang akan kami pilih untuk menjadi satu-satunya ‘Kereta Terbaik Abab Yang Lalu’ ? Pilihan yang sukar apabila kelajuan, pengendalian, keselesaan, kegunaan harian dan gaya perlu dipertimbangkan.

Baiklah, pilihan kami adalah Maserati Ghibli kerana ia mempunyai bunyi yang diinspirasikan Ferrari dan enjin V6 yang dibangunkan, pengendalian seperti sedan sukan yang sebenar, mempunyai ruang untuk 4 orang dewasa dalam keselesaan mutlak, yang dipandang dua kali oleh orang ramai di jalan raya, boleh digunakan sebagai sebuah kereta komuter harian dan mempunyai ruang bagasi untuk percutian memandu.

Tetapi, kalau wang tidak menjadi masalah, Porsche Taycan semua elektrik akan menjadi pilihan kami untuk pecutan dan kelajuan superkonduktor, kabin yang boleh digunakan untuk 4 orang dewasa dan pengendalian yang sesuai dengan saudara 911nya. Kemudian ada fakta tambahan bahawa ia dikuasai sepenuhnya oleh teknologi EV baharu yang mengagumkan.

Previous post

Harley Davidson Adalah Peneraju Motosikal Elektrik

Next post

Pemandu Mengheret Motosikal Sejauh 1KM Di Pulau Pinang

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *