Motosikal / Lain Lain Roda

Honda RS150R V2 Dilancarkan Secara Rasmi – dari RM8,199

Boon Siew Honda memulakan tahun baru 2020 dengan melancarkan produk pertama mereka iaitu Honda RS150R versi dipertingkatkan (V2).

Honda RS150R 2020

Menampilkan rekaan lebih sporty, RS150R kini hadir dengan fender belakang yang direka semula bagi menampilkan lampu brek yang lebih runcing.

Selain rekaan grafik baharu, model ini kini boleh didapati dalam warna Trico, di samping pilihan warna sedia ada iaitu hitam, biru dan Edisi Repsol.

Turut disertakan adalah panel meter LCD digital baharu yang menawarkan paparan lebih terang dan jelas serta informasi yang lebih lengkap.

Seperti sebelum ini, RS150R dikuasakan oleh enjin DOHC 150 cc silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api PGM-FI. 

Dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, enjin tersebut menjana 15.6 PS pada 9.000 rpm dan tork 13.6 Nm pada 6,500 rpm.

Harga RS150R bermula dari RM8,199 bagi pilihan warna standard (Trico, hitam dan biru) dan dari RM8,499 bagi Edisi Repsol. Ia hadir bersama jaminan selama dua tahun/20,000 km.

Previous post

GrabBike Kini Boleh Didapati Dibeberapa Tempat Di Kuala Lumpur

Next post

Mitsubishi Tawar Kadar Faedah 0.88% Sempena Tahun Baru Cina

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *