Berita Auto

Honda Panggil Semula City 2020

Laporan IndianAutosBlog.com mendedahkan bahawa Honda telah memanggil semula City 2020 atas isu berkaitan ‘window run channel’ iaitu jalur getah di sekeliling cermin pintu kereta.

Menurut laman web automotif itu, Honda telah mengarahkan pengedarnya di Thailand untuk menghentikan penghantaran sedan itu sehingga diberitahu kelak.

Honda dilaporkan sedang menyiasat perkara itu dan akan memaklumkan pengedarnya sebaik sahaja puncanya dikenal pasti.

Diperkenalkan di Thailand pada November tahun lalu, City yang kini memasuki generasi kelima menampilkan enjin VTEC Turbo baharu dan varian RS yang sporty.

Di negara itu, City 2020 ditawarkan dalam lima varian dengan harga bermula dari RM80,000 hingga RM102,000.

Previous post

Toyota Hilux Berjaya Naik Podium Rali Dakar 2019

Next post

Carlos Sainz Menang Dakar 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *