Berita Auto

Genesis GV80 Sertai Segmen SUV Mewah

Genesis telah mengumumkan kemasukan mereka ke dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan model pertama yang dikenali sebagai GV80.

Seperti model-model sedan Genesis sedia ada iaitu G70, G80 dan G90, GV80 menggunakan platform pacuan roda belakang sebagai asas, dengan pacuan semua roda ditawarkan secara pilihan.

Sebelum GV80 didedahkan sepenuhnya dalam minggu-minggu akan datang, Genesis telah menyiarkan beberapa imej teaser yang menunjukkan bayangan reka bentuk luaran dan dalaman model itu.

Secara umumnya, penampilan GV80 versi produksi tidak jauh berbeza dengan GV80 Concept yang diperkenalkan di New York Auto Show 2017.

Menurut jenama itu, reka bentuk SUV itu merupakan hasil kerjasama antara studio reka bentuk Genesis yang berpangkalan di Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Jerman.

Antara ciri utama yang ditampilkan pada bahagian luaran adalah lampu Quad Lamps yang canggih serta rekaan jeriji yang digelar sebagai Crest Grille.

Ruang kabin pula menunjukkan susun atur yang ringkas dan mewah, dengan skrin infotainmen lebar pada papan pemuka sebagai elemen utama.

Bahagian konsol tengah menampilkan panel kawalan sistem pendingin hawa, tombol pemilih gear, butang kawalan serta kemasan kayu, yang turut boleh didapati pada panel pintu. Ia juga dilihat mempunyai ciri pencahayaan ambien.

GV80 akan dijual di Korea Selatan pada bulan ini.

Previous post

Volkswagen USA Mengucapkan Selamat Tinggal Beetle Dengan Video Animasi

Next post

NIO EC6 - SUV Coupe Elektrik Berprestasi Tinggi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *