Bisnes

Bagaimana Bekas CEO Renault/Nissan Carlos Ghosn Melarikan Diri Dari Jepun Ke Lubnan

Carlos Ghosn, 65, bekas CEO Renault/Nissan dituduh melakukan salah laku kewangan, termasuk penggelapan dan membuat bayaran berjuta dolar tanpa izin kepada pengedar Nissan di Oman. Dia sedang menunggu perbicaraan di Tokyo dan diikat jamin $ 14 juta pada bulan April 2019.

Carlos Ghosn

Beliau telah melanggar syarat ikat jamin di Jepun dengan melarikan diri ke Lubnan. Beliau menghadapi tuduhan rasuah di mana peguamnya membuat pembelaan bahawa semua tuduhan adalah konspirasi.

Encik Ghosn, yang mempunyai kewarganegaraan Brazil, Perancis dan Lubnan, tinggal di bawah syarat jaminan yang ketat semasa beliau meninggalkan Jepun.

Apabila dia muncul di Lubnan, peguamnya sendiri di Jepun memberitahu pemberita bahawa dia “terkejut”.

Pada Khamis, Penyiar Jepun NHK memetik “sumber penyiasatan” mengatakan bahawa video pengawasan menunjukkan Ghosn meninggalkan rumahnya di Tokyo, bersendirian, pada tengah hari Ahad.

Pemasangan kamera keselamatan dilaporkan sebagai syarat jaminannya, tetapi tidak jelas jika ianya selalu dipantau.

Bagaimana dia melarikan diri?

Sebuah syarikat jet peribadi Turki mengatakan seorang pekerja mereka telah pecah amanah dan bertindak bersendirian dan membantu Carlos Ghosn melarikan diri dari Jepun menggunakan pesawat mereka.

Syarikat jet MNG mengatakan salah seorang kakitangannya memalsukan rekod dan mengatur dua penerbangan untuk Encik Ghosn di bawah nama-nama palsu.

Syarikat itu berkata mekaer telah memfailkan aduan jenayah mengenai perkara itu.

Encik Ghosn dipercayai terbang dari bandar Jepun, Osaka ke Istanbul, Turki, dan kemudian ke Beirut di Lubnan.

Selepas perhenti di Turki diketahui pihak berkuasa, tujuh orang ditangkap berkaitan dengan kes itu – empat juruterbang, seorang pengurus syarikat kargo, dan dua pekerja lapangan terbang.

Bagaimana dia melepasi imigresen?

Pihak berkuasa Lubnan mengatakan bahawa Ghosn memasuki Beirut menggunakan pasport Perancis dengan namanya walaupun peguamnya memberitahu pemberita selepas dia muncul di Lubnan bahawa mereka masih memiliki ketiga-tiga pasportnya – Perancis, Brazil, dan Lubnan.

Tetapi NHK pada hari Khamis juga melaporkan bahawa mereka difahamkan bahawa Encik Ghosn mempunyai dua pasport Perancis.

Tetapi laporan media Jepun juga mengatakan bahawa tiada catatan dalam data imigresen negara bahawa dia telah meninggalkan Jepun.

Previous post

Rakyat Malaysia Tidak Akan Miliki Kereta Memuaskan Berharga Patut

Next post

Volkswagen Dalam Perbincangan 'Dieselgate' Dengan Pemandu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *