Berita Auto

Aston Martin Umum V12 Speedster

Aston Martin mengesahkan bahawa ia akan menghasilkan model terbaru yang dikenali sebagai V12 Speedster. Bakal didedahkan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, model itu terhad kepada 88 unit sahaja untuk pasaran global.

Aston Martin V12 Speedster

Menurut Aston Martin, V12 Speedster akan tampil dengan rekaan moden dan dinamik, digabungkan dengan inspirasi daripada jentera lumba DBR1 1959 yang pernah memenangi perlumbaan Le Mans dan Centenary CC100 Speedster Concept yang diperkenalkan pada 2013.

‘Nadi’ model roadster dua tempat duduk itu merupakan enjin twin-turbo 5.2-liter V12 dengan janaan mencecah 700 PS dan 700 Nm. Enjin tersebut digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan keluaran ZF yang dipasang di bahagian belakang kereta.

Syarikat itu akan menala kualiti bunyi enjin dan ekzos bagi meningkatkan lagi pengalaman pemanduan tanpa bumbung yang ditawarkan oleh model ini.

Tempahan untuk V12 Speedster kini dibuka dengan penghantaran dijangka bermula pada suku pertama tahun 2021.

Previous post

BMW Malaysia Lancar 320i Sport Versi CKD

Next post

Subaru Forester Buatan Thailand Berbanding Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *