Berita Auto

Volkswagen Akan Adakan Jualan Eksklusif Instagram Pada 12.12

Bagi meraikan karnival membeli-belah 12.12 tidak lama lagi, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan mengadakan jualan eksklusif menerusi Instagram yang pertama seumpamanya.

Untuk tempoh 24 jam, sebanyak 12 unit Polo dilengkapi pakej aksesori JOIN dan 12 unit Beetle bersama spoiler dan VW Tint percuma akan dijual di kedai Instagram Volkswagen Malaysia (@volkswagenmalaysia) dengan diskaun sebanyak RM12,000.

Untuk menikmati tawaran eksklusif ini, pelanggan perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM500 untuk Polo dan RM1,000 bagi Beetle menggunakan platform pembayaran kad kredit.

Sebaik sahaja diproses, pelanggan akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk mengatur pengedar yang mereka inginkan, seterusnya melengkapkan proses pendaftaran dan penyerahan kenderaan.

Jualan akan bermula pada 12.01 tengah malam dan berakhir 11.59 tengah malam pada 12 Disember 2019. Maklumat lanjut, sila ikuti laman Instagram Volkswagen Malaysia di @volkswagenmalaysia atau layari https://bit.ly/2RDlNzW.

Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan kilang dan bantuan tepi jalan untuk lima tahun.

Previous post

Mercedes-Benz Malaysia Lancar GLC Facelift

Next post

Kini Anda Boleh Guna Touch 'n Go eWallet Untuk Bayar Parkir

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *