Berita Auto

Volkswagen Golf Mk8 Mula Dijual di Jerman

Volkswagen Golf generasi kelapan, yang diperkenalkan buat pertama kali pada Oktober lalu, kini telah mula dijual di Jerman dengan harga bermula bawah 20,000 Euro (RM92,303).

Digelar sebagai ‘Golf paling progresif setakat ini’, model hatchback ini ditawarkan dalam empat versi iaitu asas, Life, Style dan R-Line.

Versi asas dilengkapi dengan ciri-ciri berikut:

  • sistem Car2X
  • kokpit digital
  • akses kepada perkhidmatan dalam talian
  • lampu hadapan LED
  • lampu belakang LED
  • Lane Assist, Emergency Braking Front Assist (termasuk City Emergency Braking with Pedestrian & Cyclist Monitoring)
  • sistem infotainmen dengan antaramuka telefon pintar
  • stereng multifungsi
  • sistem pendingin hawa automatik 1 zon

Sementara itu, versi Life pula hadir dengan ciri-ciri tambahan seperti berikut:

  • rim aloi 16 inci
  • pencahayaan latar belakang luaran dan dalaman
  • sistem navigasi Discover Pro
  • kawala suara
  • paparan papan tanda dinamik (Dynamic Road Sign Display)
  • stereng dan tombol gear kulit
  • antaramuka untuk pengecasan induktif telefon pintar
  • App-Connect Wireless (integrasi iPhone nirwayar)
  • perehat tangan hadapan dan belakang (dengan dua port USB tambahan dan corong pendingin hawa)
  • pelbagai elemen krom bahagian dalaman
  • Park Distance Control
  • Automatic Motorway & City Lights

Bagi pasaran Jerman, Golf boleh didapati dengan enjin-enjin berikut:

  • 1.5-liter TSI dengan 130 PS
  • 1.5-liter TSI dengan 150 PS
  • 2.0-liter TDI dengan 115 PS
  • 2.0-liter TDI dengan 150 PS

Menurut Volkswagen, enjin TDI menawarkan penjimatan bahan api sebanyak 17% berbanding versi terdahulu. Enjin TSI dan TDI 115 PS hadir dengan transmisi manual enam kelajuan baharu, manakala enjin TDI 150 PS dipadankan dengan transmisi DSG tujuh kelajuan.

Previous post

Hot Wheels Pasang Trek Giler Dalam Studio Reka Bentuk Jaguar

Next post

Geely Berkembang Lagi - Kali Ini Dengan Ride-Hailing Pula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *