Berita Auto

Toyota Yaris GR-4 Akan Datang Tidak Lama Lagi

Toyota bakal menghangatkan segmen hot hatch dengan model terbaru mereka yang akan datang iaitu Yaris GR-4.

Model ini sepatutnya diperkenalkan pada Rali Australia pada November lalu namun terpaksa ditangguhkan akibat kebakaran hutan yang melanda New South Wales.

Sementara menunggu tarikh rasmi pelancaran diumumkan, Toyota telah menyiarkan satu video teaser pendek yang menunjukkan sebuah Yaris GR-4 dipandu oleh Morizo, iaitu Presiden Toyota Motor Corporation, Akio Toyoda.

Berdasarkan bunyi ekzos yang dihasilkan dalam video ini, Yaris GR-4 dijangka hadir dengan enjin yang ditala bagi tujuan prestasi. Walaupun Toyota masih belum mengesahkan apa-apa mengenai enjin model ini, terdapat laporan yang mengatakan bahawa ia mungkin mendapat enjin turbo tiga silinder.

Toyota juga akan menghasilkan Yaris GR-4 versi lumba untuk WRC dan All Japan Rally Championship. Versi ini dikatakan mempunyai enjin turbo 1.6-liter.

Selain itu, satu lagi ciri yang dapat dilihat dengan jelas menerusi video tersebut adalah kehadiran sistem pacuan semua roda. Mungkinkah sistem ini dipadankan dengan ciri Launch Control? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Previous post

Tawaran Hebat Menanti di Ekspo Akhir Tahun BMW

Next post

SOCAR Memperluaskan Zon Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *