Keselamatan

Tawaran Kerusi Kereta Kanak-Kanak Bersubsidi dari BMW Malaysia, Safe ‘n Sound Dan Childline Foundation

Program subsidi bagi kerusi kereta kanak-kanak yang bermula dengan harga serendah RM100 kini telah membuka pendaftaran atas talian, ia terhad kepada 150 unit sahaja.

Kerusi Kereta Kanak-Kanak

Program ini sejajar dengan inisiatif Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk menguatkuasakan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak mulai Januari 2020.

Untuk menggalakkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak, para pemandu tidak akan didenda sepanjang enam bulan yang pertama setelah peraturan tersebut dikuatkuasakan namun mereka akan diberikan amaran untuk memasang kerusi khas berkenaan.

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Statistik menunjukkan hanya 30% pemandu yang menggunakan kerusi khas untuk anak-anak mereka.

Kami berasa terdorong melihat Kementerian Pengangkutan mengambil langkah yang tegas untuk mewajibkan penggunaan kerusi kereta kanak-kanak pada tahun hadapan, namun pada masa yang sama, menyedari bahawa terdapat golongan ibu bapa yang mungkin mempunyai akses terhad ke atas kerusi khas berkenaan – lantas mereka diberikan pelepasan cukai serta yuran eksais yang lebih rendah untuk memperoleh kerusi ini.

BMW Malaysia dan Safe ‘n Sound akan mensubsidikan 150 kerusi kereta mudah bawa (carrier) snskidz Ace yang setiap satunya bernilai RM100. Kerusi khas tetapan menghala ke belakang, yang bernilai RM199 ini boleh digunakan sejak lahir sehingga berat bayi mencecah 13kg. Produk tersebut juga hadir dengan persijilan ECE R44-04. Ibu bapa boleh mendaftar untuk memperoleh kerusi khas bersubsidi berkenaan di www.safensound.com.my/pages/program-subsidi-kerusi-keselamatan-kanak-kanak mulai hari ini hingga 15 Disember 2019. Ibu bapa yang layak menerima subsidi tersebut akan dimaklumkan, kemudian bayaran berjumlah RM100 perlu dibuat sebelum kerusi khas berkenaan boleh diambil.

Datin Wong Poai Hong, Childline Foundation berkata, “Para ibu bapa juga akan dididik mengenai kaedah yang betul dalam pemilihan dan pemasangan kerusi kereta kanak-kanak untuk menjamin keselamatan anak-anak mereka setelah kerusi khas tersebut diperoleh.

Sashi Ambi, Ketua Komunikasi Korporat, BMW Group Malaysia berkongsi, “Program BMW Safety 360° ialah program yang telah berjalan sejak lima tahun yang lalu,

Previous post

Permulaan Musim Debut Yang Menggalakkan Formula E Porsche

Next post

Maserati Sambut Ulangtahun Ke 105 Dengan Persediaan Era Baru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *