Berita Auto

Talian Hotline Syarikat Kereta Yang Hanya Berdering

Ada yang suruh kita tunggu sampai bila-bila.

Pengeluar kereta menghabiskan ribuan ringgit melaksanakan nombor telefon perhubungan hotline dan menanggung perbelanjaan bulanan yang tinggi untuk mengekalkan pusat panggilan 24 jam. Sebab? Well, untuk menangani isu-isu yang dihadapi oleh pelanggan ketika berada di jalan. Sepatutnya.

Bagi sesetengah jenama kereta, nombor hotline ini telah menjadi saluran bagi pemilik kereta yang kecewa yang menghadapi masalah kereta untuk melepaskan geram mereka kerana terpaksa membayar bayaran pemilikan bulanan yang tinggi tetapi mempunyai kenderaan yang tidak boleh pakai.

Ianya boleh diurus jika jualan kereta tahunan meningkat sejajar dengan bilangan penduduk yang semakin meningkat. Walau bagaimanapun, apabila bos kereta ‘mementingkan’ jumlah jualan yang tinggi untuk menunjukkan pengurusan pusat bahawa mereka bekerja dengan hebat tetapi jabatan selepas jualan dan hotline syarikat lah yang sekarang kena berkerja lebih kuat dan banyak, gaji sikit yang sama dan kurang dihargai.

Bukan pihak pengurusan yang menerima maki hamun, hanya mereka yang menjawap telefon. Lama kelamaan, pengendali hotline terus tidak menjawap dan membiarkan telefonnya berdering sahaja.

Zaman sekarang, ia lebih kepada laman web. Pelanggan membawa isu mereka ke facebook dan atau menghantar e-mel kepada syarikat kereta. Malah pengurusan atasan pun dihantar e-mel tetapi apa yang terjadi adalah lubang hitam di ruang siber. Tiada jawapan. Tiada panggilan balik. Tidak ada yang peduli. Ianya sangat leceh untuk respon dan sebaliknya pengurusan atasan tahu bahawa pelanggan adalah betul dan ianya lebih baik untuk tidak mengendahkan mereka dan membiarkan ‘orang’ mereka di bawah berurusan dengan mereka.

Itulah sebabnya facebook kini mempunyai banyak kelab kereta yang merupakan sumber maklumat yang hebat untuk bakal pembeli kereta baharu untuk mendapatkan maklumat dan pandangan mengenai kereta yang mereka ingin beli.

Namun, dengan beberapa jenama kereta, walaupun begitu banyak komen negatif di facebook, sesetengah orang masih akan membeli produk mereka kerana diskaun terlalu besar dan jurujual memberikan banyak barang PERCUMA. Tint tingkap, coating kereta, kerusi kulit, payung, topi, t-shirt, dll.

Berbulan kemudian, orang yang sama ini akan ke media sosial dan mula mengadu masalah kereta mereka.

Adakah semua hadiah PERCUMA yang diterima semasa membeli bernilai sakit kepala yang anda alami sekarang dengan kereta baharu anda?

Previous post

Lakaran Hyundai Tucson Generasi Ke4 Tanpa Camo oleh Avarvarii

Next post

Turki Ada Kereta National Mereka Sendiri - TOGG

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *