Cerita Auto

Subaru Bakal Pamer Levorg STI Sport di Tokyo Auto Salon 2020

Acara Tokyo Auto Salon 2020 yang akan berlangsung pada Januari nanti bakal menyaksikan kemunculan Subaru Levorg Prototype STI Sport.

Model ini adalah berasaskan Levorg Prototype yang diperkenalkan di pameran Tokyo Motor Show 2019 pada Oktober lalu.

Versi STI Sport ini dijangka hadir dengan kit badan agresif yang sesuai dengan lencana ‘STI’ yang dipakainya. Bagaimanapun, ia masih sebuah prototaip dan bukannya versi produksi.

Selain itu, Subaru dan STI akan turut mempamerkan BRZ STI Sport dan WRX S4 STI Sport, serta jentera lumba WRX STI NBR Challenge, BRZ GT300 dan kereta rali WRX STI pada pameran tersebut.

Previous post

Carscoops Lakar Mitsubishi Galant Ini Dan Ianya Hebat

Next post

Toyota Yaris 2020 Dapat Bodykit Dan Alat-Ganti TRD/Gazoo Racing

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *