Berita Auto

Subaru Forester Terima Penarafan Lima Bintang Euro NCAP

Subaru mengumumkan bahawa Forester generasi kelima telah diberikan penarafan lima bintang dalam ujian pelanggaran Euro NCAP 2019. Model yang digunakan untuk ujian tersebut adalah Forester e-Boxer yang belum dilancarkan di Malaysia.

Menurut Subaru, ini merupakan penarafan tertinggi Euro NCAP yang kelapan untuk jenama itu selepas penarafan lima bintang yang diterima oleh Subaru X dan Impreza dalam ujian Euro NCAP 2017.

Euro NCAP menilai empat aspek iaitu Perlindungan Penumpang Dewasa (Adult Occupation Protection), Perlindungan Penumpang Kanak-kanak ( Child Occupant Protection), Perlindungan Pengguna Jalan Raya ( Vulnerable Road Users Protection) dan Bantuan Keselamatan (Safety Assist).

Forester mencatat markah cemerlang dalam keempat-empat aspek, melebihi markah minimum yang diperlukan untuk mendapat penarafan lima bintang.

Paling penting, Forester mencatat markah cemerlang dalam Perlindungan Penumpang Kanak-kanak dengan mata maksimum dalam ujian halangan hadapan dan sisi.

Previous post

Azrul Osman Rani Dilantik Sebagai CEO Petronas Dagangan Berhad

Next post

McLaren 620R Adalah Jelmaan Jentera Lumba GT4

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *