Promosi / Tawaran / Peraduan

Shell Tawar Ganjaran Tunai RM20,000 Sempena Tahun Baru

Shell Malaysia secara rasminya melancarkan kempen ‘Nak Ekstra RM20,000’ sebagai salah satu cara menyambut kedatangan tahun baru 2020 tidak lama lagi.

Dari 1 Disember hingga 9 Februari 2020, pelanggan berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 setiap minggu. Selain itu, Shell turut menawarkan hadiah sagu hati bernilai RM1,000 kepada 20 pemenang setiap minggu.

Untuk menyertai kempen ini, pelanggan hanya perlu belanja minimum RM40 dalam satu resit di mana-mana stesen Shell di seluruh negara dan hantar borang penyertaan berserta resit atau imbas kod QR untuk hantar butiran peribadi dan resit secara dalam talian.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang berbelanja minimum RM40 dan membuat pembayaran menerusi eWallet Touch ‘n GO akan menerima cashback bernilai RM5.

Tawaran ini terhad kepada dua cashback setiap bulan dan 300,000 transaksi pertama di stesen Shell.

Pemegang kad BonusLink pula akan menerima 10x mata ganjaran BonusLink bagi setiap liter bahan api yang dibeli dengan meleret kad mereka. Pada 12 Disember, pelanggan boleh menebus mata ganjaran BonusLink mereka di Shell untuk menerima rebat 50%.

Previous post

Mazda Charity Golf Ke 7 Anjuran Bermaz Motor Berjaya Kutip RM447,550.00

Next post

Toyota RAV4 Hibrid Lebih Laju (0-96km/j 5.8 Saat) Dan Kurang Bahan Api (90 MPGe)

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *