Berita Auto

Ruang Kabin Mercedes-Benz GLA Diperlihatkan

Mercedes-Benz telah mengeluarkan satu lagi gambar teaser bagi crossover terkecilnya iaitu GLA serba baharu yang akan didedahkan sepenuhnya pada 11 Disember.

Gambar teaser kali ini menunjukkan sebahagian daripada ruang kabin GLA yang jelas mempunyai rekaan yang sama dengan model kompak yang lain seperti A-Class dan GLB.

Selain itu, Mercedes-Benz turut mendedahkan satu ciri baharu yang disertakan pada GLA iaitu Blind Spot Assist dengan fungsi amaran keluar (exit warning).

Ciri ini mengesan kehadiran penunggang basikal atau kenderaan lain ketika anda hendak membuka pintu dan akan mengeluarkan bunyi amaran dan lampu amaran pada cermin sisi sekiranya ia berlaku.

Selain ciri ini, GLA juga bakal hadir dengan Active Brake Assist dan bermacam sistem bantuan pemandu yang lain, menjadikannya antara crossover kompak tercanggih setakat ini.

Mercedes-Benz sebelum ini mengesahkan bahawa model terbaru ini lebih tinggi sebanyak 10 cm bagi mendapatkan ruang lega kepala yang selesa. Ia juga lebih pendek, namun ini tidak akan menjejaskan ruang lega kaki di dalam kabin.

Previous post

Lagi Kakitangan Akan Dibersarakan

Next post

Bentley Rai Kejayaan Pikes Peak dengan Model Edisi Terhad

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *