Berita Auto

Rolls-Royce Red Phantom Akan Dilelong Untuk Bantu Lawan AIDS

Rolls-Royce akan melelongkan sebuah kenderaan yang dibina khas untuk badan amal (RED) untuk melawan AIDS.

Dikenali sebagai Red Phantom, model ‘one off’ ini hadir dengan lima lapisan cat Magma Red yang digilap dengan tangan selama lebih lima jam. Tetapi apa yang membuatkan kereta ini betul-betul eksklusif adalah partikel kristal yang menghiasi lapisan luaran badannya.

Ruang kabin Red Phantom dihiasi dengan upholsteri kulit Arctic White yang dipadankan dengan jahitan kontras berwarna Mugello Red. Corak ‘Red Regatta Sails’ menghiasi papan pemuka, manakala 1,600 ‘kelipan bintang’ yang dihasilkan oleh lampu gentian optik mengisi segenap ruang bumbung.

Menurut Rolls-Royce, setiap kemasan kayu dipilih dengan teliti oleh pakar, dengan enam lapisan lakuer sebagai penyudah pada permukaannya.

Red Phantom akan dilelong secara dalam talian melalui Sotheby dari 4 hingga 13 Disember ini. Pembida tertinggi akan bekerjsama dengan Mickalene Thomas, seorang artis kontemporari terkenal, untuk mereka pelekat balutan custom untuk kereta ini.

Previous post

Bentley Rai Kejayaan Pikes Peak dengan Model Edisi Terhad

Next post

Hyundai Tambah Cawangan 3Snya Di Pulau Pinang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *