Berita Auto

Perodua Tweckbot Singgah di Kota Kinabalu Sempena Krismas

Perodua Tweckbot, akan melakukan jelajah keselamatan jalan raya terakhirnya bagi tahun ini di Kota Kinabalu pada hujung minggu hadapan.

Salah satu inisiatif di bawah Program Keselamatan Jalan Raya Perodua, Tweckbot akan ditempatkan di ITCC Mall, Penampang dari jam 10 pagi hingga 5 petang pada 21hb dan 22hb Disember, bagi menawarkan pemeriksaan percuma ke atas kenderaan Perodua.

Pelanggan yang memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar diskaun 20% yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah.

“Menjelang perayaan Krismas dan Tahun Baharu yang bakal tiba, ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk bercuti serta melawat keluarga dan sahabat handai. Oleh itu, keadaan kenderaan anda amatlah penting pada masa ini, lebih-lebih lagi di Malaysia Timur di mana jarak perjalanan adalah jauh,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Pemeriksaan kenderaan percuma Tweckbot melibatkan lebih 50 poin termasuk enjin, transmisi, sistem penyejukan, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrik.

Perodua Tweckbot telah memeriksa lebih 8,000 kenderaan sejak diperkenalkan lapan tahun lalu.

Previous post

BMW Tawar Android Auto Bermula Julai 2020

Next post

Ford Ranger XLT 2.2L Edisi Khas - RM120,888

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *