Hibrid, Elektrik, Hidrogen

NAWA Racer – Motosikal Elektrik Dengan Ultrakapasitor

Acara Consumer Electronics Show (CES) yang akan berlangsung di Las Vegas pada awal tahun hadapan bakal menyaksikan kemunculan motosikal elektrik konsep NAWA Racer.

Seperti yang anda boleh lihat, motosikal ini hadir dengan reka bentuk cafe racer yang tradisional namun ia sebenarnya mempunyai teknologi yang canggih.

Tidak seperti kebanyakan kenderaan elektrik lain yang bergantung kepada bateri lithium-ion semata-mata, NAWA Racer turut menggunakan teknologi ultrakapasitor berkapasiti 0.1 kWh yang dikenali sebagai NAWACap.

Ultrakapasitor digunakan kerana ia bukan sahaja lebih kompak dan ringan, malah ia menawarkan pengecasan yang lebih pantas serta kemampuan untuk menyimpan tenaga melalui pembrekan janaan semula dengan lebih baik.

Menurut syarikat itu, NAWACap hanya seberat 10 kg, tidak sampai 10% daripada berat keseluruhan motosikal itu iaitu 150 kg. Malah ia juga 25% lebih ringan berbanding motosikal elektrik sport konvensional.

Gabungan bateri lithium-ion dan NAWACap menghasilkan jarak tunggangan sehingga 150 km bagi (kitaran bercampur) atau sehingga 300 km di kawasan bandar.

Prestasi motosikal konsep ini tidak kurang hebatnya. Dengan 100 PS, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam kurang tiga saat, dengan kelajuan maksimum melebihi 160 km/j.

Satu lagi kelebihan NAWACap adalah ia boleh ditanggalkan dan digantikan dengan pek berbeza bagi membolehkan penunggang menala prestasi mengikut keperluan. Turut disertakan adalah mod Race.

Bagi pengecasan, NAWACap memerlukan dua minit sahaja untuk pengecasan penuh manakala pek bateri lithium-ion boleh dicas sehingga 80% menerusi pengecas di kediaman.

Previous post

Ford Mustang Shelby GT350, GT350R Dapat Pakej Heritage Edition

Next post

Modenas Pulsar NS200 ABS Kini di Malaysia - RM9,655

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *