Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Pulsar NS200 ABS Kini di Malaysia – RM9,655

Pada 2017, Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) buat pertama kalinya memperkenalkan Modenas Pulsar NS200 ke pasaran Malaysia.

Kini, syarikat itu telah melancarkan varian baharu yang dikenali sebagai Pulsar NS200 ABS. Seperti yang tertera pada namanya, model ini hadir dengan sistem brek anti-kunci (ABS).

ABS menghalang brek daripada terkunci apabila ia ditekan secara tiba-tiba dalam keadaan kecemasan. Ini memastikan penunggang mempunyai kawalan penuh, pada masa yang sama mengekalkan stabiliti dan mengurangkan jarak berhenti.

Selain daripada ciri keselamatan tersebut, NS200 ABS mengekalkan enjin DTS-i berkapasiti 200cc, silinder tunggal yang menghasilkan 18 kW (24 hp) dan 18.6 Nm kuasa kilas.

Roslan Roskan, ketua pegawai eksekutif MODENAS berkata, “Di MODENAS, kami sentiasa menjadikan motosikal kami lebih baik dan dilengkapi dengan teknologi terkini. Motosikal dengan ABS adalah lebih selamat dan kami amat menggalakkan pelanggan untuk mendapatkan motosikal yang dilengkapi dengan ABS.”

Dengan harga bermula RM9,655, Pulsar NS200 ABS merupakan model ‘naked’ dengan ABS yang paling mampu milik dalam barisan Pulsar. Ia boleh didapati dalam empat warna iaitu Graphite Black (hitam), Mirage White (Putih), Wild Red (merah) dan Yellow (kuning).

Previous post

NAWA Racer - Motosikal Elektrik Dengan Ultrakapasitor

Next post

Honda Capai Mercu Tanda 400 Juta Motosikal Dalam 70 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *