Berita Auto

Mitsubishi Triton Knight – Hanya 120 Unit Ditawarkan

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan Triton Knight yang terhad kepada 120 unit sahaja.

Ditawarkan pada harga RM137,900, Triton Knight adalah berasaskan varian Triton Adventure X yang dijual pada harga yang sama. Ia ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu White Diamond.

Dengan Knight, pelanggan akan mendapat beberapa aksesori tambahan yang bergaya seperti kemasan berwarna kelabu pada bampar hadapan, pelindung hud, pelekat badan, sport bar serta pelindung hujan untuk tingkap sisi.

Di dalam, model ini hadir mendapat scuff plate dan karpet eksklusif dengan jahitan merah dan sulaman logo Knight. Seperti varian Adventure X, ciri-ciri seperti All Round Monitor (ARM), Driving Video Recorder dan skrin tujuh inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto turut disertakan.

Triton Knight dikuasakan oleh enjin 2.4-liter MIVEC turbodiesel yang menjana 181 PS dan 430 Nm. Ia turut hadir dengan sistem Super Select 4WD II, Off-Road Mode dan Hill Descent Control.

Antara ciri keselamatan yang disertakan adalah Forward Collision Mitigation (FCM), Blind Spot Warning with Lane Change Assist (BSW with LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS), Auto High Beam (AHB) dan tujuh beg udara.

Previous post

Moto Vlog #Pertama | Makan Free | Tak Payah Pergi JPJ

Next post

Moto Vlog Kedua | Hari Bersejarah Pergi Ambil Delivery Moto

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *