Berita Auto

McLaren Speedtail Cecah 403 km/j 30 Kali Dalam Satu Sesi Ujian

Ketika ia diperkenalkan buat pertama kali pada Oktober tahun lalu, McLaren Speedtail dikatakan mampu mencapai kelajuan maksimum 250 batu sejam (403 km/j).

Dakwaan McLaren itu terbukti benar apabila sebuah prototaip yang diberi nama XP2 baru-baru ini berjaya mencapai kelajuan tersebut sebanyak 30 kali dalam satu sesi ujian di Johnny Bohmer Proving Ground di Pusat Angkasa Kennedy, Florida.

Hadir sebagai model flagship dalam barisan Ultimate Series McLaren, Speedtail dikuasakan oleh sistem pacuan hibrid yang menghasilkan 1,070 PS dan 1,150 Nm. Ini membolehkannya melakukan pecutan 0-300 km/j dalam hanya 12.8 saat.

Speedtail mempunyai rangka gentian karbon Monocage, manakala panel badannya turut diperbuat daripada bahan yang sama. Menurut McLaren, setiap panel dibentuk untuk dua tujuan iaitu mengurangkan seretan (drag) dan memaksimumkan kelajuan.

Seperti dengan model F1 sebelum ini, McLaren hanya akan menghasilkan 106 unit Speedtail dengan harga bermula dari £1.75 juta (RM9.4 juta) setiap satu. Tak perlu keluarkan buku cek anda kerana setiap unit sudah pun ditempah, dengan penghantaran bermula Februari 2020.

Previous post

Audi SQ7 Terima Sentuhan ABT

Next post

Hadiah Apa Yang Anda Mahu Tahun Ini?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *