Khidmat Masyarakat

Mazda Charity Golf Ke 7 Anjuran Bermaz Motor Berjaya Kutip RM447,550.00

Bermaz Motor, pengedar utama kenderaan Mazda, menganjurkan Kejohanan Golf Amal Mazda ke-7 untuk Mazda Medicare Fund (MMF) bagi menyediakan bantuan kemanusiaan dan bantuan perubatan kepada mereka yang kurang upaya di Malaysia dan juga secara aktif membantu komuniti amal seperti rumah warga emas dan rumah anak yatim dengan kewangan dan acara amal.

MMF Mazda Medicare Fund

Tahun ini, pertandingan golf amal ini telah dianjurkan di Kelab Golf & Country Sultan Abdul Aziz Shah (SAASGCC) di Shah Alam dan telah mendapat sokongan yang besar dari 150 peserta. Acara ini juga telah mengumpulkan sebanyak RM447,550.00 berikutan sokongan para pemain golf, penderma dan penaja. Kutipan dana ini akan diserahkan kepada Dana Mazda Medicare (MMF).

Turut hadir di majlis makan tengahari adalah wakil dari penerima-penerima dana iaitu Mount Miriam Cancer Hospital Pulau Pinang, St Joseph’s Home, House of Love, Pusat Jagaan OKU Nur dan Persatuan Penjagaan Kanak –Kanak Terencat Akal Selangor dan mereka telah dijemput untuk menerima cek-cek dari Dato ‘Sri Ben Yeoh, Pengerusi Eksekutif Bermaz Auto Berhad.

MMF bermula pada tahun 2015, diurus bersama dengan Prima Merdu Sdn Bhd dan bekerjasama dengan B.Braun Avitum Renal Services untuk menyediakan rawatan hemodialisis yang selamat untuk pesakit penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRD) yang kesempitan kewangan. Sehingga kini, terdapat 12 pusat dialisis B.Braun beroperasi di seluruh negara dan pesakit yang layak akan menerima rawatan hemodialisis bersubsidi. Sepanjang 5 tahun yang lalu, MMF telah menyumbang sebanyak RM2.4 juta yang telah membantu lebih daripada 176 pesakit di seluruh Malaysia.

MMF juga telah membantu pelbagai komuniti amal seperti rumah warga emas, rumah anak yatim, orang kurang upaya dan kanak-kanak down sindrom . dengan bantuan kewangan dan acara amal.

Di samping itu, Bermaz juga memperkenalkan Mazda Privilege Card (MPC) pada 2018 yang merupakan program bersama dengan MMF di mana semua yuran pendaftaran digunakan sebagai dana yang disumbangkan oleh Pemilik Mazda.

Selain daripada sumbangan kepada masyarakat, pemilik MPC juga boleh menikmati diskaun 15% untuk alat-ganti tulen dan barangan rasmi Mazda, bersama-sama dengan diskaun 5% ke atas kos upah di bilik pameran Mazda dan pusat servis lepas jualan Bermaz Motor dan Prima Merdu.

Previous post

Bengkel Driving Skills For Life Ford Pertama Di Sabah

Next post

Shell Tawar Ganjaran Tunai RM20,000 Sempena Tahun Baru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *