Van, Pikap Bas & Trak

LTS Group Terima 38 Volvo FM Prime Mover Dari Volvo Trucks

Volvo Trucks mengumumkan bahawa salah sebuah syarikat logistik terbesar Syarikat Kumpulan Lee Ting San (LTS Group) – telah membeli 38 unit Volvo FM370 4x2T RAS prime mover.

Satu majlis penyerahan trak baharu itu telah diadakan di pengedar Volvo Trucks di Prai. Setakat ini, 20 unit telah diserahkan dan baki 18 unit lagi dijadual diserahkan dalam tempoh dua bulan atau sekitar Januari tahun depan. Sebaik sahaja semua trak itu diserahkan,secara keseluruhannya Kumpulan LTS memiliki 80 unit trak Volvo yang terdiri daripada 280 unit prime mover.  

Dengan pembelian Volvo FM prime mover baharu membolehkan Kumpulan LTS memulakan proses penggantian kenderaan yang lama untuk menjadi lebih cekap malah kos operasi juga jauh lebih rendah. Trak baharu itu akan digunakan untuk perniagaan mengangkut kontena syarikat LTS Logistics (PG) Sdn Bhd bagi tujuan penghantaran kargo jarak jauh dan dekat.  

Semua trak Volvo FM baharu yang dibeli oleh Kumpulan LTS dilengkapi dengan sistem telematik Volvo iaitu Dynafleet dan termaktub dalam Perjanjian Servis Emas Volvo (Volvo Gold Service Agreement) yang turut merangkumi Volvo Uptime Promise.

Dynafleet membantu pelanggan mendapatkan lebih keuntungan dan kecekapan menerusi tiga perkhidmatan utama iaitu bahan api dan alam sekitar, posisi lokasi serta mesej. Fungsi Bimbingan Pemandu (Driver Coaching) yang ada padanya memberikan tip penjimatan bahan api yang penting kepada pemandu trak. Volvo Uptime Promise merupakan satu-satunya ciri seumpamanya di Malaysia yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika trak tidak dapat beroperasi dalam tempoh tertentu.

Uptime Promise Volvo Trucks merupakan satu ciri unik yang menawarkan pampasan kewangan kepada pelanggan jika tempoh kerosakan trak mereka untuk kembali bergerak di atas jalan raya melebihi dari masa yang dijanjikan oleh Volvo Truck. Selain daripada pampasan kewangan untuk trak yang tidak dapat beroperasi. Uptime Promise juga menawarkan pelbagai manfaat lain seperti pembaikan yang selamat dan boleh dipercayai, dijalankan oleh juruteknik Volvo yang berkemahiran tinggi, impak  minimum dari segi kerugian masa dan keuntungan, dan tempoh boleh operasi trak yang maksimum.  

Antara ciri yang ada pada kabin Volvo FM ialah kabin tersebut lengkap direka secara ergonomik dan luas. Papan pemukanya menempatkan butang kawalan dan fungsi yang senang dicapai. Manakala tempat duduknya boleh dilaras untuk menambah baik posisi pemanduan dan sokongan lumbar.  

Volvo FM juga menampilkan sistem Volvo Dynamic Steering termaju yang meningkatkan lagi keupayaan pemanduannya.

Previous post

Pelumba Wanita Cipta Sejarah

Next post

Penggunaan CRS Wajib Dari 1 Januari Ini Tetapi Kalau Keluarga Besar, It's OK!?

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *