Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Land Rover Defender ‘Project Blackcomb’

East Coast Defender (ECD) bukanlah satu nama yang asing bagi peminat Land Rover Defender. Dalam perkembangan terbaru, syarikat talaan itu telah memperkenalkan Project Blackcomb yang berasaskan Defender versi asal.

Menggunakan Defender 90 sebagai titik permulaan, Project Blackcomb hadir dalam warna Zermatt Silver dengan padanan komponen hitam berkilat.

Ia menampilkan rim aloi Sawtooth berukuran 18 inci yang dibalut tayar ‘all-terrain’ BF Goodrich, serta pelbagai kelengkapan yang dinaik taraf seperti takal Warn Industries VR12-S pada bampar hadapan serta sangkar keselamatan.

Di dalam, terdapat upholsteri kulit serta headliner suede berwarna hitam, kerusi Corbeau RRS dan stereng Momo Quark. Tidak dilupakan adalah sistem audio JL Audio berserta ‘subwoofer’ dan pelbagai lagi kelengkapan seperti hotspot Wifi, Keyless Entry dan lampu hadapan automatik.

Project Blackcomb dikuasakan oleh enjin LS3 6.2-liter V8 dengan 565 hp serta transmisi automatik enam kelajuan. Jumlah ini sepatutnya cukup untuk memacu trak ini dalam apa jua keadaan sekalipun.

Previous post

Barisan Kenderaan Mitsubishi di Tokyo Auto Salon 2020

Next post

Nampak Perodua Bezza Facelift Sedang Diangkut Lori

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *