Psst!

Lakaran Hyundai Tucson Generasi Ke4 Tanpa Camo oleh Avarvarii

Dari laporan yang kami dapat, generasi ke-4 Hyundai Tucson dalam samaran sedang melalui ujian jalan raya. Sama seperti Sonata baharu, Hyundai nampaknya mengambil arah yang sangat menarik dari segi reka bentuk. Sudah tentu, ini hanya dari siluet kenderaan yang sedang diuji.

Well, hari ini Blog Kereta Korea dan beberapa laman web lain sudah mula berkongsi lakaran profesional bagaimana agaknya rupa Tucson baharu oleh Avarvarii.

Pada pendapat kami, reka bentuk ini amat menakjubkan dan menjadikan Tucson kelihatan lebih futuristik dan premium. Susah untuk dilihat di mana gril itu berakhir dan lampu depan bermula dalam penyajian ini. Mari kita berharap produk akhirnya akan mengambil rupa ini.

Terdapat komen-komen yang mengatakan bahawa rupa ini mengingatkan mereka kepada Palisade, SUV terbesar di Hyundai. Pada kami, ia menyatukan kedua-dua Palisade dan Sonata baharu dengan baik sekali, walaupun ia mungkin kerana hasilnya berdasarkan unsur-unsur reka bentuk dari kenderaan tersebut. Sekali lagi, kita perlu menekankan bahawa penyataan ini tidak diiktiraf secara rasmi oleh Hyundai.

BHP

Ini adalah kereta penting kepada saya (Subash) secara peribadi, kerana Tucson ke-3 adalah (sejauh yang saya ingat) kereta pertama yang saya saksikan menjalani perubahan kitaran hidup sepanjang bekerja untuk DSF.my. Saya mula bekerja pada awal tahun 2015 dan dapat memandu ujinya. Inilah kereta yang saya sangat kagum dan sangat kritikal mengenainya.

Previous post

Marcus Grönholm Uji Proton Iriz R5

Next post

Talian Hotline Syarikat Kereta Yang Hanya Berdering

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *