Bisnes

Hyundai Tambah Cawangan 3Snya Di Pulau Pinang

Hyundai baru-baru ini memperluaskan rangkaian jualan dan servisnya di Pulau Pinang dengan pembukaan pusat 3S Global Dealership Space Identity (GDSI) oleh CS Euro.

Pusat 3S Hyundai Pulau Pinang

Berukuran 14,480 kaki persegi, pusat 3S baharu di Butterworth ini sedia berkhidmat untuk pelanggan di samping pusat GDSI 3S lain yang terletak di Prai, tanah besar Pulau Pinang.

Pusat 3S CS Euro akan menempatkan bilik pameran, sehingga enam ruang servis dan pusat alat-ganti apabila kerja-kerja pengubahsuaian selesai. Perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Perkhidmatan Pantas dan lounge dengan akses wifi percuma dan perkhidmatan ulang-alik untuk pelanggan.

CS Euro telah bekerjasama dengan pembuat kereta Eropah dan Amerika selama lapan tahun, dan yakin keupayaannya menawarkan perkhidmatan tambah nilai dan kualiti perkhidmatan yang unggul kepada pelanggan.

Hyundai mempunyai tiga pusat 3S di negeri Pulau Pinang, termasuk satu di Jalan Sungai Pinang. CS Euro terletak secara strategik di Butterworth dengan akses mudah dari Pulau Pinang serta kawasan sekitarnya seperti Bukit Mertajam, Kulim, Prai dan Nibong Tebal.

Bilik pameran dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Ahad, sementara pusat khidmatnya dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Sabtu.

Sempena majlis pembukaan, semua pelanggan perkhidmatan ditawarkan diskaun 10 peratus ke atas upah dan alatan-ganti serta hadiah misteri. Pelanggan boleh talipon 04-3318 001 untuk maklumat lanjut atau menempah uji-pandu, dan 04-3317 001 untuk membuat temujanji servis.

Previous post

Rolls-Royce Red Phantom Akan Dilelong Untuk Bantu Lawan AIDS

Next post

Bengkel Driving Skills For Life Ford Pertama Di Sabah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *