Berita Auto

Penggunaan CRS Wajib Dari 1 Januari Ini Tetapi Kalau Keluarga Besar, It’s OK!?

Laporan Berita Harian bertarikh Khamis 28 November 2019.

Bermula 1 Januari 2020 ini, kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah baharu itu susulan statistik yang membimbangkan apabila sebanyak 1,559 kematian dicatatkan membabitkan kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dari 2007 hingga 2017.

Tetapi, apabila disoal oleh Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang meminta kerajaan mengambil maklum mengenai isu CRS dalam kalangan keluarga yang mempunyai ramai anak?

Perodua Aruz AV_3692

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, menjawab bahawa kerajaan sedar dan mengakui sukar bagi keluarga yang besar menggunakan CRS dalam kenderaan berikutan masalah ruang.

Kerajaan memberi kelonggaran kepada pasangan yang mempunyai anak ramai untuk tidak menggunakan CRS apabila peraturan itu dikuatkuasakan, 1 Januari ini.

Penjelasan yang lebih mendalam diperlukan kerana ramai yang keliru dan sedikit khuatir akan implikasi kelonggaran ini?

Adakah ini bermakna keluarga yang berkereta sedan dengan satu atau dua anak wajib pakai CRS tetapi kalau ada tiga atau lebih anak dikecualikan?

Adakah ini menyiratkan bahawa keselamatan kanak-kanak keluarga besar tidak sepenting kanak-kanak keluarga kecil? Adakah ini bermakna ianya tidak mengapa untuk mengorbankan anak-anak keluarga yang ramai anak?

Inilah tafsiran ramai apabila berhadapan dengan berita ini.

Kami berpendapat bahawa besar atau kecil keluarga anda, semuanya mesti dilindungi. Teruskan tindakan mewajibkan penggunaan CRS. Kalau kereta anda boleh muat hanya dua CRS, bawa hanya dua kanak-kanak. Jika anda ada lebih dari dua kanak-kanak, usahakan cara lain.

  1. Mungkin buat dua perjalanan.
  2. Minta bantuan keluarga atau kawan membawa yang lain.
  3. Gunakan pengangkutan umum.
  4. Kalau susah sangat, duduk rumah sajalah.

Yang paling mustahak ialah keselamatan anak-anak kita. Janganlah berusaha begitu gigih sekali untuk mendapatkan pengecualian dari undang-undang dan/atau janganlah terus memberikan pengecualian kerana didesak kerana kedua-dua itu hanya akan meletakkan anak-anak kita dalam bahaya.

Previous post

LTS Group Terima 38 Volvo FM Prime Mover Dari Volvo Trucks

Next post

51% Rakyat Malaysia Sanggup Tidak Memiliki Kereta

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *