Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Jualan Honda Benly e Bermula April 2020

Honda mengumumkan bahawa skuter elektriknya iaitu Benly e akan memasuki pasaran Jepun bermula April tahun hadapan.

Dibangunkan khas untuk pelanggan korporat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran, pengeluaran model tersebut akan dihadkan kepada 200 unit sahaja setahun.

Honda akan menawarkan empat model Benly e:I, Benly e:II serta versi Pro bagi kedua-dua model tersebut. Kelebihan versi Pro adalah ia hadir dengan bakul hadapan, carrier belakang, pelindung buku jari dan juga brek kaki.

Benly e:1, dalam versi standard dan Pro, mempunyai jarak tunggangan sejauh 87 km, manakala Benly e:2 boleh ditunggang sejauh 43 km bagi kedua-dua versi.

Setiap model didatangkan dengan dua pek bateri Honda Mobile Power Pack (MPP) yang boleh ditanggalkan dan ditukar, serta dua pengecas. Harga bermula dari 737,000 yen (RM27,921) bagi versi asas dan dari 748,000 yen (RM28,338) bagi versi Pro.

Previous post

Defender Last Overland Bertemu Defender 2020

Next post

Porsche 911 Rali Baja Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *