Bisnes

Jaguar Land Rover Beli Bowler

Jaguar Land Rover (JLR) telah melengkapkan pembelian Bowler, syarikat talaan berpengkalan di United Kingdom yang pakar dalam modifikasi kenderaan off-road.

Ditubuhkan pada 1985, Bowler akan menyertai divisyen Special Vehicle Operations (SVO) milik JLR bersama-sama dengan SV, Vehicle Personalisation dan Classic.

Perkembangan terbaru ini mengukuhkan lagi kerjasama antara JLR dan Bowler yang telah terjalin secara rasmi pada tahun 2012. Kerjasama tersebut membawa kepada pembentuk siri rali Defender Challenge by Bowler yang diadakan dari 2014 hingga 2016.

“Selama hampir 35 tahun nama Bowler dikenali kerana inovasi dan kejayaan, dengan reputasi yang terbentuk menerusi penyertaannya dalam pertandingan off-road yang paling mencabar di dunia,” kata pengarah urusan Jaguar Land Rover Special Vehicle Operations, Michael Van Der Sande.

Bowler akan terus beroperasi dari premisnya di Belper, England.

Previous post

TheLorry Berkerjasama Dengan MyOpal Services Sebagai Rakan Waranti Lanjutan

Next post

Volvo Group dan Isuzu Motors Bentuk Pakatan Strategik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *