Berita Auto

Chevrolet Corvette C8 Dapat 1,200 hp daripada Hennessey

Hennessey dan Chevrolet Corvette memang tidak dapat dipisahkan. Dalam perkembangan terbaru, syarikat talaan dari Texas itu menawarkan kit naik taraf prestasi untuk Corvette C8 yang berupaya memberikan kuasa sehingga 1,200 hp!

Untuk mencapai kuasa tersebut, enjin LS2 V8 Corvette kini dilengkapi dengan sistem pengecas turbo berkembar yang dibangunkan sendiri oleh Hennessey, serta omboh aluminium dan rod penghubung tempaan.

Selain itu, Hennessey turut memperkuatkan transmisi klac berkembar bagi memastikan ia boleh menampung jumlah kuasa yang tinggi itu.

Syarikat itu juga akan menawarkan kit badan gentian karbon CarbonAero yang merangkumi splitter hadapan, airdam dan sayap gentian karbon di belakang.

Untuk meningkatkan pengendalian, pelanggan boleh mendapatkan sistem suspensi boleh laras Penske, sistem brek Brembo serta pelbagai aksesori tambahan yang membabitkan tayar dan rim.

Jika 1,200 hp dirasakan terlalu tinggi, Hennessey juga dalam proses membangunkan kit naik taraf 700 hp yang merangkumi sistem ekzos keluli tahan karat dan supercharger.

“Sepanjang beberapa bulan yang lalu kami telah menerima beratus-ratus pertanyaan dari pembeli C8 yang ingin tahu apa yang akan kami tawarkan untuk Corvette baru. Oleh itu, kami menjalankan soal selidik dalam talian dan menerima lebih daripada 250 borang dan mendapat lebih banyak setiap hari. Pelanggan memberitahu kami apa yang mereka mahu dan mereka mahukan lebih kuasa,” kata pengasas syarikat, John Hennessey.

Previous post

Toyota RAV4 Hibrid Lebih Laju (0-96km/j 5.8 Saat) Dan Kurang Bahan Api (90 MPGe)

Next post

Tesla Model X Dapat Penarafan Keselamatan NCAP 5-Bintang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *