Servis / Modifikasi

Toyota Yaris 2020 Dapat Bodykit Dan Alat-Ganti TRD/Gazoo Racing

Tahun depan, Toyota Yaris 2020 akan merujuk kepada 3 kenderaan yang sama sekali berbeza. Sebuah Toyota Yaris 2020 boleh menjadi Yaris pasaran Amerika Syarikat yang berdasarkan pada Mazda2, facelift Yaris yang berpusat di Vios Ativ yang kita dapat di Malaysia atau pasaran JDM / Eropah Toyota Yaris 2020 yang ramai terliur. Dan ini berita baik jika anda sudah berjinak dengan Yaris 2020: varian prestasi oleh Gazoo Racing telah dibangunkan, dan ada kit badan TRD untuk varian standard.

Laporan ini mula disiarkan pada akhir Oktober, sejurus selepas pelancaran umum JDM Toyota Yaris 2020 , tetapi senarai rasmi bahagian hanya muncul di laman web rasmi pada 19 Disember 2019.

Senarai bahagian (diringkaskan):

  • GR Spoiler Depan
  • GR Skirt Tepi
  • GR Spoiler Tepi Belakang
  • GR Hiasan Bumper Depan
  • GR Stiker Tepi
  • GR Aero Turbulator
  • GR Visor Sport Tepi
  • Rim 16-inch Alloy (Forged), Set Sekeru
  • Potongan IR Filem Tingkap
  • GR Tikar Bagasi
  • GR Pelindung Handle Pintu
  • Brace Member
  • GR Bingkai Plat Nombor Karbon (depan belakang)

Setakat ini, setahu kita, bahagian-bahagian ini hanya boleh didapati di Jepun. Mungkin apabila Toyota mula menawarkan kereta di pasaran lain, mereka akan mempertimbangkan mengeksport bahagian-bahagian TRD ini juga.

Anehnya, bahagian TRD pada Yaris standard ini lansung tidak merupai Yaris GR berorientasikan prestasi. Kecuali roda. Berikut adalah rupa bahagian-bahagian itu secara dekat.

Berikut adalah rupa kereta dengan setiap warna yang ada dengan kit badan ini.

Previous post

Subaru Bakal Pamer Levorg STI Sport di Tokyo Auto Salon 2020

Next post

Bugatti Chiron Hermes Edition Ambil Masa 3 Tahun Untuk Disiapkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *