Berita Auto

51% Rakyat Malaysia Sanggup Tidak Memiliki Kereta

Satu laporan bertajuk ‘ The Road Ahead: The Future of Mobility ‘ daripada Avis Budget Group mendedahkan bahawa 97% penduduk Malaysia yang ditinjau dalam selidik berpendapat bahawa memiliki kereta adalah penting dan 67% melihatnya sebagai satu mod pengangkutan yang ideal.

Bagaimanapun, lebih dari separuh iaitu 51% mengatakan bahawa mereka akan mempertimbangkan untuk melepaskan pemilikan kereta dan bergantung kepada sewaan kereta jangka panjang jika ia mudah untuk mereka.

Laporan tersebut mengenalpasti perubahan lanskap mobiliti di seluruh dunia, bagaimana ia akan kelihatan pada masa hadapan dan bagaimana rakyat negara lain melihat perubahan ini.

Dalam kaji selidik yang dijalankan di 16 buah negara di Eropah dan Asia itu, responden mendedahkan bahawa dalam dekad akan datang, pengguna berkemungkinan akan memilih model dengan permintaan yang tinggi sebagai mod pengangkutan kegemaran mereka.

Renault Koleos adalah antara model yang boleh ‘disewa’ menerusi Renault Subscription.

Faktor utama yang menyumbang kepada revolusi pengangkutan ini adalah rangkaian 5G. Baru-baru ini, kerajaan Malaysia telah memulakan projek demonstrasi 5G sekaligus menandakan bahawa ia berada pada landasan yang betul untuk menjadi negara Asia pertama yang melancarkan teknologi tersebut.

Sebaik sahaja dilaksanakan, jumlah data yang besar yang dibekalkan oleh teknologi 5G akan membolehkan syarikat-syarikat mobiliti untuk mengumpul data tersebut bagi tujuan menambahbaik pengalaman perjalanan.

Kaji selidik Avis mendedahkan bahawa 73% responden selesa jika data mereka diakses dan dikongsi bagi pelaksanaan infrakstruktur pintar. 81% juga menjangka pemanduan akan menjadi lebih mudah pada masa akan datang.

Previous post

Penggunaan CRS Wajib Dari 1 Januari Ini Tetapi Kalau Keluarga Besar, It's OK!?

Next post

Bugatti Chiron "Noire" Bukti Hitam itu Menawan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *