Berita Auto

Volvo XC90 Kini Dengan Pengalaman Dan Wajah Baharu Dan Lebih Selamat

Model jualan tertinggi di serata dunia Volvo Car Malaysia, m, XC90, kini dengan versi baharu. Model ini akan dipamerkan di Malaysia untuk jualan mulai sekarang (November). Volvo XC90 merupakan model kereta utama syarikat yang mengetengahkan strategi elektrifikasi yang mantap.

Volvo xc90 2020

Penambahbaikan yang ditawarkan adalah dari segi rekaan luaran asalnya, seperti tayar baharu, warna kereta dan gril moden baharu. Rekaan dalamannya kekal sama.

Untuk model T8, kemampuan baterinya juga telah ditambah baik dari 10.4kWh kepada 11.6kWh. Ini secara langsung meningkatkan kadar pemanduan elektrik sehingga 50km. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan tuil gear elektronik kristal Orrefors yang direka semula.

Model T5 pula mempunyai penyaman udara tiga baris dengan lubang udara berbentuk C, sistem maklumat  penanda jalan (RSI) dan juga kawalan cuaca elektronik 4-zone dengan kotak sarung sejuk yang sebelum ini hanya boleh didapati untuk model T8.

Dari segi teknologi keselamatannya yang aktif, XC90 kini menawarkan bantuan pemanduan untuk City Safety dan Blind Spot Information System. City Safety dengan brek auto merupakan satu-satunya sistem yang terdapat di pasaran yang mampu mengenal pasti pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan besar. Sistem Oncoming Lane Mitigation pula diperkenalkan pertama kali untuk model XC60 kini boleh didapati untuk model XC90, manakala teknologi Cross Traffic Alert kini dilengkapi dengan brek auto. 

Sistem infotainment Sensus yang dikemaskini sepenuhnya merupakan ciri unik dan standard untuk kereta Volvo dan ia boleh digunakan dengan Apple Carplay dan Android Auto serta perkhidmatan penstriman Spotify Music.

Volvo XC90 berwajah baharu ini boleh didapati dengan harga permulaan RM373,888 (harga atas jalan, tanpa insurans, termasuk cukai jualan dan duti eksais) dan kini dijual di semua pusat jualan Volvo berdaftar di seluruh negara.

Pelanggan boleh memilih lima warna: Crystal White Pearl, Denim Blue Metallic, Onyx Black Metallic, Pebble Grey Metallic, dan Thunder Grey Metallic.

BROSUR PRODUK

Previous post

Hyundai Veloster 2020 Menang Anugerah Kereta Kegemaran Peminat South Florida

Next post

Toyota Eco Youth Edisi ke-19 Berjaya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *