Berita Auto

Volvo Car Malaysia Buka Pusat 3S di Ipoh

Volvo Car Malaysia telah melancarkan sebuah pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Ipoh, membolehkan pelanggan mereka di Perak mempunyai lebih akses kepada jenama Volvo dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.

Diusahakan oleh rakan jualannya, iRoll Ipoh Sdn Bhd, ruang pameran ini merupakan nilai tambah kepada rangkaian penjual Volvo. Ia terletak secara strategik berhampiran dengan lapangan terbang, dan juga Ipoh City & Country Club.

Pusat 3S ini mempunyai ruang pameran berinspirasikan Scandinavian di mana model-model terbaharu Volvo seperti XC60, S90, XC40, XC90 dan S60 dipamerkan.

Selain itu, ia juga mempunyai pusat servis lengkap dengan empat ruang membaiki kenderaan.

Cawangan ini memenuhi piawaian jualan terbaharu Volvo Cars yang dikenali sebagai Pengalaman Jualan Volvo atau Volvo Retail Experience (VRE).

Ia diwujudkan untuk memberi tumpuan terhadap asas jenama Volvo untuk menyediakan khidmat pelanggan terbaik dalam empat bidang utama – Pengalaman Mewah Kontemporari, Kefahaman, Interaksi dan Kesejahteraan.

“Kami sangat berbesar hati dengan peluang ini dan berharap dapat meluaskan lagi perkhidmatan serta menyediakan pengalaman yang berkualiti untuk pelanggan-pelanggan kami,” kata Nalin Jain, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

“Kami berbangga Volvo Car Malaysia telah memilih kami sebagai rakan kerjasama di Ipoh, dan sama-sama memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan dan produk keluaran Volvo,” kata Tan Loon Shen, Pengarah Urusan iRoll Ipoh Sdn Bhd.

Beralamat di Lot No. 2917S, Jalan Raja Permaisuri Bainun (Jalan Kampar), 30250 Ipoh, Perak, pusat 3S ini dibukan dari Isnin hingga Sabtu dari 9 pagi hingga 6 petang.

Previous post

Daihatsu Rocky Dilancarkan di Jepun

Next post

10,000 Saksi Aksi Sengit Vios Challenge di Festival Toyota Gazoo Racing

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *