Kereta Terbang

Ujian Penerbangan Kereta Terbang EHang 216 Batal

Ujian penerbangan UAS E-Hang 216 (EH216) yang dijadualkan berlangsung hari ini (21 November 2019) tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

CAAM dalam satu kenyataan menyatakan bahawa lokasi ujian penerbangan di hangar UNIKL MIAT Subang adalah kurang 200 meter dari laluan trafik pesawat dan helikopter komersial di dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang di bawah seliaan Pusat Kawalan Trafik Udara.

EH216 hanya diberikan Permit Khas Penerbangan (SFP) oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China yang terhad kepada penerbangan di Grand World Science Park, Guangzhou sahaja.

Sementara itu, CAAM juga sedang menjalankan penyiasatan terhadap penerbangan yang tidak diluluskan yang melibatkan EH216 pada 15 November lalu di kawasan yang sama di Lapangan Terbang Subang.

Previous post

Akio Takeyama Beraksi Lagi Dengan Vios Toyota GAZOO Racingnya Hujung Minggu Ini

Next post

Lexus LC 500 Convertible Masuk Pasaran Tahun Hadapan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *