Berita Auto

Tayar Hankook Ventus Prime 3 K125 Kini di Malaysia

Hankook Tire telah melancarkan tayar Ventus Prime 3 (K125) untuk pasaran Malaysia.

Menurut syarikat itu, produk terbaru itu direka untuk mereka yang mahukan keseimbangan terbaik antara prestasi, keselesaan dan keselamatan.

Ventus Prime 3 tampil dengan rekaan terbaru dengan kedudukan alur yang spesifik bagi mengurangkan jurang antara prestasi kering dan basah. Digabungkan dengan blok bunga yang lebih keras, ia menjanjikan prestasi pengendalian dan brek di atas permukaan kering yang baik.

Bukan itu sahaja, posisi alur utama yang dioptimumkan juga berfungsi untuk mengurangkan bunyi bising walaupun sudah lama dipakai, manakala kompaun silika memberikan tahap cengkaman yang lebih tinggi dan rintangan putaran yang lebih rendah.

Dengan adanya ciri-ciri luar biasa ini, Ventus Prime 3 mendapat pengiktirafan Auto Bild, Red Dot dan Kelab Automobil German (ADAC). Ia juga dipilih sebagai tayar OEM untuk Ford Focus Active dan Citroen C3 Aircross.

Bagi pasaran Malaysia, Ventus Prime 3 K125 boleh didapati dalam saiz 15 hingga 18 inci bagi kenderaan penumpang, dan 18 dan 19 inci bagi SUV. Harga bermula dari RM180 sebiji.

Previous post

Anda Kini Boleh Melihat Harga Tol di Waze

Next post

Nissan GT-R NISMO Kini Dalam Bentuk Lego Speed Champions

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *