Khidmat Masyarakat

Toyota Eco Youth Edisi ke-19 Berjaya

Sejak 2001, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menjalinkan usaha sama untuk menganjurkan program Toyota Eco Youth (TEY) bagi mendidik belia di Malaysia tentang kepentingan pemuliharaan alam sekitar untuk memastikan kelestariannya di masa hadapan.

Toyota Eco Youth Edisi ke-19

Program berkenaan yang menjadi satu daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Koporat Toyota menyediakan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah dari usia muda untuk memupuk tabiat berkenaan agar menjadi bahagian penting di dalam gaya hidup mereka menjelang dewasa.

Dalam edisi ke-19 ini, TEY membawakan tema “Be the Superhero to Save the World”. Ia menerapkan elemen daripada Toyota Environment Challenge 2050, sebuah inisiatif global oleh Toyota Motor Corporation dengan matlamat untuk melangkaui tahap sifar kesan terhadap alam sekitar.

“Perniagaan kami tidak hanya terbatas kepada menghasilkan produk yang lebih baik, selamat dan mesra alam. Kami juga melihatnya sebagai tanggungjawab sosial kami untuk membantu mendidik dan menanam rasa cintakan alam sekitar di dalam diri belia-belia negara ini. Satu daripada usahanya ialah melalui program TEY ini, yang telah dijalankan sejak 2001,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Setakat ini, UMWT telah membelanjakan hampir RM7 juta untuk program TEY yang telah menyaksikan penglibatan sebanyak 258 buah sekolah dan 2,000 pelajar.

12 buah sekolah seluruh Malaysia telah mengambil bahagian di dalam program ini yang bermula sejak Ogos lalu. Para pelajar dan guru yang terlibat menghadiri bengkel khas selama tiga hari yang diadakan di Dorsett Putrajaya untuk mempelajari tentang Kaedah Penyelesaian Masalah 8-Langkah yang diamalkan oleh pekerja UMWT dalam mendepani pelbagai situasi, termasuk yang berkaitan alam sekitar.

Semua sekolah terbabit menerima geran bernilai RM2,000 untuk memulakan projek mereka. Berdasarkan apa yang telah mereka pelajari, mereka kemudiannya perlu melalui fasa pengesahan pasaran di mana idea — dalam bentuk produk atau perkhidmatan — dilaksanakan dan diuji bersama dalam kelompok masyarakat yang dipilih, yang memberi kesan langsung kepada mereka.

Program ini tiba ke kemuncaknya semalam apabila setiap pasukan selesai menyampaikan taklimat terakhir dan membentangkan idea mereka di hadapan panel juri yang terdiri daripada wakil UMWT, Kementerian Pendidikan dan myHarapan. Selepas menilai dengan teliti setiap pembentangan itu, penyertaan terbaik daripada empat buah sekolah telah diumumkan oleh barisan juri, termasuk pemenang bagi hadiah-hadiah lainnya.

Bagi usaha yang mengkagumkan itu, mereka menerima habuan bernilai dari RM10,000 bagi hadiah utama; RM7,000 bagi hadiah kedua; RM5,000 bagi hadiah ketiga dan RM3,000 bagi hadiah keempat. Turut disediakan ialah hadiah saguhati bernilai RM1,000, serta RM500 bagi hadiah persembahan video terbaik dan guru sokongan terbaik.

KEPUTUSAN

Previous post

Volvo XC90 Kini Dengan Pengalaman Dan Wajah Baharu Dan Lebih Selamat

Next post

BMW X8 Konsep Akan Menjadi Kenyataan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *