Berita Auto

Minyak Enjin Shell Helix HX8 0W 20 Dilancarkan – RM199 Untuk Pek 4 Liter

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan minyak enjin kelikatan rendah Shell Helix HX8 0W 20 yang memenuhi keperluan hampir semua enjin kereta penumpang moden masa kini.

Produk terbaru Shell ini menjanjikan prestasi maksimum, penjimatan bahan api dan perlindungan enjin yang lebih baik apabila dihidupkan dalam keadaan sejuk.

Dengan Teknologi Flexi Molecule, ia melindungi enjin menerusi penyesuaian dengan cara dan keadaan pemanduan. Hasilnya, jangka hayat enjin menjadi lebih panjang, ekonomi bahan api meningkat, selang masa penukaran minyak lebih panjang dan kos penyenggaraan lebih rendah.

Shell Helix HX8 0W 20 baharu boleh didapati pada harga RM199 bagi pek 4 liter dan RM53.90 bagi pek satu liter di bengkel-bengkel berjenama Shell Helix dan cawangan stesen minyak Shell yang mengambil bahagian.

Pelanggan dinasihatkan supaya membuat pembelian dari cawangan-cawangan ini dan memastikan adanya label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ untuk memastikan ketulenan produk.

Selain HX8 0W 20, Shell Malaysia turut menawarkan Shell Helix HX8 di pasaran iaitu 5W 40 (Harga Runcit yang Disyorkan: RM165 bagi pek 4 liter) dan 5W 30 (Harga Runcit yang Disyorkan: RM180 bagi pek 4 liter).

Ketiga-tiga produk tulen Shell Helix HX8 ‘Untuk Pasaran Malaysia’ ini kini didatangkan dengan label ‘skyline’ baharu yang menarik

Sempena pelancaran ini, Shell Malaysia menawarkan potongan sebanyak RM25 bagi mana-mana varian Shell Helix HX8 apabila pelanggan mendaftarkan pembelian tersebut di program kesetiaan pelanggan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Promosi ini sah dari 1 Oktober hingga 30 November 2019.

Previous post

MV Agusta Brutale 1000 RR Didedahkan Sebelum Pameran EICMA

Next post

Toyota GR Supra 3000GT Concept Bawa DNA Vintaj ke SEMA

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *