Berita Auto

Renault Lancar Captur Trophy Edisi Terhad

TC Euro Cars memperkembangkan barisan Renault Captur di Malaysia dengan pelancaran model edisi terhad Captur Trophy.

Renault Captur Trophy

Diberi suntikan sporty, Captur Trophy hadir dengan spesifikasi sedia ada Captur berserta beberapa ciri tambahan yang menarik seperti berikut:

  • Warna Vibrant Orange Trophy yang diinspirasikan oleh warna baharu Megane R.S. iaitu Orange Tonic
  • Bampar hadapan dan belakang yang sporty dalam warna Gun Metal
  • Corak bendera berkotak 3D
  • Pintu belakang (tailgate) bebas tangan

Ia mengekalkan enjin TCe 120 1.2-liter turbo yang menjana 120 PS dan 205 Nm dari serendah 2,000 rpm. Dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam kelajuan, ia mempunyai kecekapan penggunaan bahan api 5.9 l/100 km.

Selain ciri-ciri tambahan yang dinyatakan, Captur Trophy turut didatangkan dengan kelengkapan standard seperti berikut:

  • Skrin infotainmen tujuh inci dengan ciri navigasi, Internet dan Bluetooth
  • Kemasukan tanpa kunci dengan ciri Walkaway Door Lock
  • Lampu kabus LED
  • Lampu nyalaan siang berbentuk C
  • Kunci pintu automatik
  • Lampu hadapan dan pengelap cermin automatik
  • Kamera undur
  • Mod ECO untuk 10% penjimatan bahan api
  • Empat beg udara
  • Electronic Stability Control (ESC)
  • ABS dengan Electronic Brake Assist (EBA) dan Electronic Brake-force Distribution (EBD)

Captur Trophy ditawarkan pada harga yang sama seperti Captur biasa iaitu RM107,980 (harga atas jalan tanpa insurans). Menariknya, lima pelanggan pertama yang membeli model ini akan berpeluang untuk membawa pulang ‘hot hatch’ Megane R.S. untuk sebulan.

Captur Trophy turut ditawarkan menerusi servis langganan Renault Subscription. Di bawah Fixed Plan, ia boleh didapati dengan bayaran bulanan sebanyak RM1,499 bagi pakej langganan dua tahun atau RM1,699 bagi pakej setahun. Bayaran bulanan ini adalah termasuk, cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan.

Previous post

Kenderaan Elektrik Hibrid Jeep Yang Pertama

Next post

CIMB, PLUS Jalin Kerjasama Sediakan Pilihan Tambahan Untuk Pembayaran Tol

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *