Berita Auto

Renault Koleos Facelift Dilancarkan di Malaysia

TC Euro Cars hari ini mengumumkan bahawa Renault Koleos facelift telah dilancarkan secara rasmi, hampir sebulan selepas ia dibuka untuk tempahan.

TC Euro Cars Renault Koleos Facelift

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Koleos facelift ditawarkan dalam varian asas dan Signature, masing-masing dengan harga bermula dari RM179,888 dan RM189,888.

Ia disertakan dengan jaminan pengeluar lima tahun tanpa had perbatuan dan pakej servis berkala untuk lima tahun atau 100,000 km.

Mereka yang tidak mahu mempunyai komitmen sewa beli yang panjang mahupun yang bimbang tentang susut nilai mempunyai alternatif menerusi Renault Subscription yang menawarkan dua pelan berikut:

Fixed Plan

Switch Plan

Koleos mengekalkan enjin petrol 2.5-liter yang menghasilkan 171 PS dan 226 Nm. Dengan transmisi Xtronic CVT, ia mampu mencapai tahap penggunaan bahan api serendah 8.1 L/100 km.

Berikut adalah antara kelengkapan standard yang terdapat pada model ini:

  • Sistem Easy Brek yang membolehkan kerusi belakang dilipat 60/40, sekaligus meningkatkan kapasiti ruang but kepada 1,690 liter
  • 35 liter ruang simpanan di serata kabin, termasuk ‘glove box’ 11 liter dan ruang sebesar tujuh liter pada konsol tengah
  • Penggunaan bahan tahan calar dengan penyudah krom satin pada stereng dan di sekeliling corong pendingin hawa
  • Bumbung matahari panoramik elektrik (Koleos Signature sahaja)
  • Sistem multimedia R-Link 2 dengan skrin potret 8.7 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto
  • Bluetooth, port USB, soket jack 3.5 mm, bekalan kuasa 12V dan slot kad SD
  • Sistem pengenalan suara untuk penggunaan telefon
  • Dua beg udara adaptif di hadapan, dua beg udara toraks/bahu untuk penumpang hadapan dan dua beg udara tirai
  • Perehat kepala anti ‘whiplash’ pada kerusi hadapan dan belakang
  • Cagak ISOFIX belakang
  • Tali pinggang keledar dengan ciri pra-penegang dan pengehad beban
  • Sistem amaran titik buta
  • Electronic Stability Program (ESP) dengan Traction Control, Emergency Brake Assist (EBA), Electronic Brake Force Distribution (EBD) dan Hill Start Assist (HAS)
  • Kamera undur
  • Sensor parking hadapan, sisi dan belakang
Previous post

Kunjungi Mitsubishi Triton 4X4 Adventure di Johor Bahru Hujung Minggu Ini

Next post

Barisan Pelumba Vios Challenge Sertai Sepang 1000 KM

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *