Sukan

Konvoi Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota Melalui Malaysia

Satu konvoi kenderaan pengembaraan telah melalui Malaysia dalam misi yang bermula pada 2014 dan akan berakhir tahun depan apabila Jepun menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota melalui lima benua di dunia. Asia adalah benua yang terakhir, dengan konvoi ini telah bermula di Timur Tengah pada Februari 2019.

Diilhamkan oleh Akio Toyoda, Presiden Toyota Motor Corporation, Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota bertujuan untuk membuat penambahbaikan produk dengan pendekatan yang lebih mendalam, akhirnya memberikan kereta yang lebih baik kepada para pelanggan di seluruh dunia.

Untuk peringkat Malaysia, konvoi itu secara rasminya bermula dari Toyota Showroom di Pulau Pinang yang dimiliki oleh peniaga sah Toyota, S & D Tama. Encik Akio Takeyama, Ketua Pegawai Motivasi yang juga Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, melepaskan konvoi tersebut pada 5 November lalu.

Laluan ini termasuk pacuan lereng curam Cameron Highlands, memberikan pengalaman tahap kelembapan yang berbeza di negara ini serta keadaan jalan raya. Laluan itu kemudian terus ke selatan ke Singapura tetapi sebelum itu, bersinggah di ibu pejabat UMW Toyota Motor di Shah Alam, Selangor. Para peserta diberi taklimat mengenai latar belakang syarikat, aktiviti, profil pelanggan, keadaan pasaran tempatan dan inisiatif GAZOO Racing (GR) di Malaysia.

Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota dilaksanakan di bawah payung inisiatif TOYOTA GAZOO Racing. Di Malaysia, Jenama GR adalah salah satu tonggak kunci untuk pemesejan jenama termasuk Toyota GR Festival, GR Velocity Esports Championship dan pengenalan terbaru, GR Garage, yang pertama di luar Jepun dan memperlihatkan Produk GR yang baharu dilancarkan, GR Supra.

“Kami gembira bahawa Malaysia termasuk dalam Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota, sebuah projek yang menjadi keutamaan Toyota Motor Corporation,” kata Encik Takeyama. “Keadaan jalan raya dan trafik yang berbeza harus memberi para peserta pandangan berharga yang dapat membantu mereka mengembangkan kereta yang lebih baik untuk pelanggan kami.”

“Toyota sentiasa membuat kereta yang boleh dipercayai tetapi pelanggan hari ini mempunyai kehendak yang lebih tinggi, jadi ‘baik’ tidak lagi mencukupi dan kami perlu menawarkan kereta yang hebat,” kata Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor. “Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota akan membantu menuju ke arah membangunkan kereta yang lebih baik.”

Terdapat sembilan kenderaan dalam peringkat Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota ini – Hilux, Fortuner, Innova, Vios, Corolla, Rush, CH-R dan Yaris.

Selepas Malaysia, konvoi akan menyeberang ke Singapura. Negara-negara lain bagi peringkat Asia ialah Indonesia, Filipina dan Vietnam. Pada tahun 2020, Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota akan diteruskan merentasi China dan Asia Timur sebelum berakhir di Jepun.

Mengeluarkan kereta yang berkualiti dan dipercayai telah menjadi semangat Toyota sejak ia ditubuhkan pada tahun 1937. Bersama dengan Sistem Pengeluaran Toyota (TPS) yang sangat dikagumi, Toyota mempunyai proses pembuatan dan falsafah yang paling efisien dan produktif yang telah menghasilkan jutaan kereta untuk berdekad-dekad.

Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota melengkapi TPS dengan meningkatkan dan menyempurnakan proses pembangunan produk dalam usaha mencari kereta yang lebih baik. Ini adalah demonstrasi Genchi Genbutsu, istilah bahasa Jepun yang juga bersifat integral dalam TPS dan bermakna ‘secara peribadi memandang keadaan atau lokasi supaya mempunyai pemahaman yang lebih mendalam’ untuk menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan. Atau sebutan mudahnya, Genchi Genbutsu bermaksud ‘pergi dan lihat sendiri’.

Oleh itu, pekerja Toyota telah mengembara ke banyak negara di empat benua sebelum Asia untuk pengalaman dan pengetahuan yang tidak dapat diperolehi hanya dari memandu kereta di litar ujian atau disimulasikan dalam bilik iklim.

Sejak Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota bermula pada tahun 2014 di Australia, jarak perjalanan keseluruhannya adalah lebih kurang 103,000 km. Data yang dikumpulkan telah mengalir kembali ke Toyota City dalam tempoh empat tahun yang lalu, dengan penambahbaikan yang dibuat dalam pelbagai bidang akibat peserta memahami isu-isu yang timbul.

Bukan saja peningkatan untuk produk tetapi juga dalam bidang pengurusan pembuatan dan kolar putih seperti logistik, kos, dan sebagainya. Walaupun Projek ‘5 Continents Drive’ Toyota akan berakhir tahun depan, ini adalah proses berterusan dan pembelajaran akan terus dilaksanakan untuk model masa depan juga, dengan itu mempromosikan pembangunan mampan.

Hujung minggu lalu turut menyaksikan pusingan kedua musim ketiga Toyota Gazoo Racing Festival di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur di mana bekas lapangan terbang lama telah diubah menjadi litar perlumbaan Toyota Vios Challenge.

Previous post

Toyota Gazoo Racing Festival Hangat Di Lapangan Terbang Lama Sg Besi, Bandar Malaysia

Next post

Daihatsu Rocky Dilancarkan di Jepun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *