Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Pengecas EV ‘Aftermarket’ Circontrol Kini di Malaysia

Pembekal pengecas kenderaan elektrik (EV) ‘aftermarket’, Circontrol kini melancarkan rangkaian produknya di Malaysia menerusi Industrial Automation (M) Sdn Bhd selaku pengedar rasmi.

Circontrol

Berpengkalan di Sepanyol, Circontrol menawarkan wallbox, tiang pengecasan, pengecas pantas serta perisian Dynamic Load Management untuk syarikat yang mempunyai operasi flit EV.

Untuk kediaman individu, syarikat itu menawarkan Wallbox eHome dan Wallbox eNext yang mempunyai perumah plastik ABS yang tahan UV. Dengan IP54, ia juga terlindung daripada habuk dan air.

Circontrol

Secara spesifiknya, Wallbox eHome didatangkan dengan kabel Type 2 dengan kuasa 7.4 kW. Ia boleh dimiliki dengan harga RM5,300 termasuk pemasangan (bayaran tambahan dikenakan untuk luar Lembah Klang).

Bagi mereka yang memerlukan solusi pengecasan pantas, Circontrol turut menawarkan pengecas DC seperti Raption 50 yang boleh memberikan beratus kilometer jarak pemanduan dalam hanya setengah jam.

Circontrol

Stesen pengecas pantas tersebut menggunakan teknologi kuasa modular dan skalabiliti kuasa bagi memastikan ia kos efektif dan relevan pada masa hadapan.

Circontrol diwujudkan pada tahun 1997 dan sejak itu telah memasang lebih 55,000 poin pengecas di 60 negara. Syarikat itu turut menjalinkan kerjasama dengan Nissan, Audi dan Volkswagen dalam penyediaan solusi pengecas OE (Original Equipment).

Previous post

Bilakah Mitsubishi Motors Akan Membawa SUV Ini Ke Malaysia?

Next post

VIDEO: Dodge Challenger Drag Pak Lakukan 'Burnout'

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *