Berita Auto

Nissan X-Trail X-Tremer, Aero Edition Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mengumumkan penawaran pakej X-Tremer dan Aero Edition untuk Nissan X-Trail baharu.

Nissan X-Trail X-Tremer & Aero Edition

Pakej X-Tremer hadir dengan warna luaran dua tona; Imperial Red (merah), Brilliant White (putih) atau Tungsten Silver (perak) bersama bumbung, rel bumbung, cermin sisi dan spoiler belakang berwarna hitam.

Selain itu, warna hitam turut digunakan pada jeriji V-Motion, bampar aero Tomei pada bahagian hadapan dan belakang, skirt sisi dan rim aloi bersaiz 17 inci.

Ruang kabin X-Tremer pula menampilkan upholsteri kulit Nappa berwarna perang pada tempat duduk, papan pemuka, pad lutut dan perehat tangan.

Bagi Aero Edition pula, ia dilengkapi dengan bampar Tomei dengan kemasan perak pada bahagian hadapan dan belakang, spoiler sisi bawah, dan rim aloi 10 jejari bersaiz 17 inci berwarna hitam.

Sama seperti X-Tremer, Aero Edition mendapat kemasan kulit Nappa mewah. Tiga pilihan warna luaran ditawarkan iaitu Diamond Black (hitam), Imperial Umber (coklat) dan Titanium Olive (hijau).

Pakej X-Tremer dan Aero Edition ditawarkan pada keempat-empat varian X-Trail iaitu 2.0L Hybrid, 2.5L 4WD, 2.0L 2WD MID dan 2.0L 2WD. X-Trail hadir bersama jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan (termasuk alat ganti Hybrid dan bateri HEV Lithium-Ion), manakala aksesori yang dipasang dari kilang didatangkan dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 km.

Berikut adalah senarai harga X-Trail dengan pakej X-Tremer dan Aero Edition:

X-Trail X-Tremer dan Aero Edition baharu akan membuat penampilan di bilik pameran Nissan di seluruh negara mulai Sabtu, 2 November 2019.

Previous post

BMW S 1000 RR, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS Baharu

Next post

Jualan Proton Sudah Hampir Mencecah 80,000 Unit Tahun Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *